Page 152 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 152
MANUAL PEGURUSAN 2020
3.4 Dasar Kebajikan Murid
a) Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasarkan APDM:
• Bilangan anak yatim di dalam kelas
• Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah (kurang RM1500)
b) Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang boleh dipohon oleh
murid-murid berkenaan dan merekodkan murid yang berjaya menerima bantuan ke
dalam APDM seperti:
• Biasiswa
• Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP)
• Bantuan Pakaian Seragam
• Derma Kebajikan
c) Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada dalam kalangan
muridnya yang mendapat kemalangan/ kematian atau bencana dalam keluarganya.
d) Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan derma kepada murid
berkenaan sekiranya berlaku kematian/ bencana seperti kematian saudara terdekat (ibu
bapa) atau diri sendiri.
4.0 DASAR KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESIHATAN
4.1 Rekod Kesihatan Murid
a) Guru Kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan.
b) Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperoleh sewaktu murid berada di sekolah rendah
lagi dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah.
c) Jika Guru Kelas mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut,
murid boleh mendapatkanya daripada Guru Kesihatan untuk salinan.
d) Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan
apabila pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi ATT (untuk
Tingkatan Tiga sahaja ) diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan.
e) Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan
disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan.
145 | P a g e