Page 155 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 155
MANUAL PEGURUSAN 2020
f) Guru Bertugas Harian dan Jawatankuasa Kantin hendaklah berada di kantin bersama-
sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.
g) Murid tidak dibenarkan membeli makanan/minuman di luar waktu rehat kecuali dengan
kebenaran khas.
12.7 Kebersihan Kelas
a) Murid mesti membersihkan kelas 5 minit sebelum waktu pertama bermula. Guru mata
pelajaran hendaklah memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk waktu
terakhir , 5 minit sebelum tamat persekolahan.
b) Guru bertugas mingguan hendaklah membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila
masa sepanjang minggu bertugas.
5.0 DASAR KESELAMATAN SEKOLAH
5.1 Program 3K
a) Sekolah wajib melaksanakan Program 3K (Kebersihan/Keceriaan, Kesihatan, Keselamatan)
b) Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan
sekolah dari jam 6.30 pagi hingga tamat sesi persekolahan. Tanggungjawab guru ialah
MENJAGA murid dengan selamat.
c) Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan kemalangan dan
digalakkan membeli Skim Insuran Takaful.
d) Setiap aktiviti yang dilaksanakan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran daripada
pihak Sekolah/ Jabatan Pendidikan dan ibu bapa/penjaga murid. Penglibatan murid dalam
mana- mana aktiviti luar sekolah perlu diiringi oleh guru pada nisbah 10 orang murid dan
seorang guru pengiring. Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam
jumlah 10 orang murid berkenaan maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru
perempuan.
e) Aspek- aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua pihak
terutama semasa, sebelum dan selepas sesuatu program/aktiviti dilaksanakan. Penglibatan
murid dalam sebarang aktiviti luar sekolah mestilah mengikut ketetapan (SOP).
d) Setiausaha 3K bertanggungjawab mengisi aplikasi penarafan keselamatan secara online.
(2 kali setahun)
148 | P a g e