Page 191 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 191

MANUAL PEGURUSAN 2020

              11.2       TUGAS GURU TINGKATAN

              1.  Bertanggungjawab kepada penyelaras tingkatan/ Penolong Kanan HEM dan Pengetua.
              2.  Menjadi contoh pendidikan unggul kepada murid kelasnya.
              3.  Pentadbiran dan pendaftaran.
                  3.1    mendaftarkan murid dalam jadual kedatangan harian tingkatan.
                  3.2    Mendaftarkan murid ke dalam Buku Pendaftaran Sekolah.
                  3.3    Merekod butiran keluar/ masuk dalam Buku Pendaftaran Sekolah.
                  3.4    Menanda kedatangan harian murid.
                  3.5    Menutup jadual kedatangan pada setiap akhir bulan.
                  3.6    Menguruskan murid bertukar keluar.
                      3.6.1  Menentukan Buku Rekod Kesihatan dihantar ke pejabat.
                      3.6.2  Menentukan urusan peperiksaan telah disempurnakan bagi murid tingkatan 3 dan 5.
                      3.6.3  Menentukan kelulusan bertukar telah diterima.
                      3.6.4  Menentukan Buku SPBT telah dipulang.
                      3.6.5  Menentukan penerima biasiswa dilaporkan kepada guru biasiswa.
                  3.7    Menguruskan murid masuk
                      3.7.1  Menentukan penerimaan SPBT murid baru dari sekolah terdahulu dn pastikan mendapat

                             buku teks.
                      3.7.2  Menyemak jika murid baru menerima sebarang biasiswa dan laporkan kepada  guru
                             biasiswa.
                      3.7.3  Menentukan semua dokumen diterima.
                      3.7.4  Menentukan rumah sukan untuk murid baru.

              4.  Menulis surat pemberitahuan/ amaran kepada ibubapa/ penjaga apabila terdapat murid tidak hadir.
                  4.1    Satu salinan surat menyurat ini hendaklah disimpan dengan baik dan sempurna di dalam
                         fail guru tingkatan.
                  4.2    Penyelia  Tingkatan  hendaklah  juga  diberitahu  semua  peringkat  perkembangan  melalui
                         surat-surat salinan.
                  4.3    Surat buang sekolah hanya ditandatangani oleh pengetua dan dituliskan tarikh mula berkuat
                         kuasa.

              5.  Kewangan dan Perkeranian.
                  5.1    Mengisi dan menyusun serta menyimpan rekod sulit peribadi murid dan menyerahkannya
                         kepada Guru Penolong Kanan (HEM) setelah didapati betul dan lengkap.
                  5.2    Mengisi dan mengumpul borang biasiswa serta membuat catatan atau ulasan.
                  5.3    Merekod maklumat tentang pemegang biasiswa, bantuan kewangan, dan lain-lain.
                  5.4    Mengurus  dan  menyimpan  rekod  buku-buku  SPBT  dan  memastikan  murid  mematuhi
                         peraturan mengenai SPBT.
                  5.5    Memungut  bayaran  tambahan  sekolah  dan  menyerahkannya  kepada  kerani  kewangan
                         dengan SEGERA.
                  5.6    Memungut  bayaran  PIBG  dan  menyerahkannnya  kepada  Bendahari  PIBG  dengan
                         SEGERA.
           183 | P a g e
   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196