Page 196 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 196
MANUAL PENGURUSAN 2020
13.1 PENGURUSAN KAMAR SELESA
1. Objektif pengkhususan penggunaan kamar selesa ini adalah untuk menanamkan sikap
menyayangi tandas sekolah, menanamkan sikap tanggungjawab serta mengurangkan
perbelanjaan bagi membaiki kerosakan tandas pada setiap tahun.
2. Matlamatnya adalah untuk memastikan tandas sentiasa bersih dan kerosakan tandas dapat
diminimumkan.
3. Murid hanya dibenarkan menggunakan tandas yang dikhaskan untuk kelas masing-masing
sahaja.
4. Murid kelas berkenaan bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan tandas
yang telah dikhaskan untuk kelas mereka.
5. Sebarang kerosakan akan ditanggung oleh kelas yang berkenaan sahaja.
6. Pertandingan kamar selesa terbersih akan diadakan dari semasa ke semasa.
7. Kunci pintu tandas akan dipegang oleh ketua atau penolong ketua tingkatan. Murid yang
akan menggunakan kamar selesa dikehendaki mengambil dan memulangkan semula kunci
kepada ketua/ penolong ketua tingkatan.
8. Guru kelas berkenaan bertanggungjawab untuk memastikan kamar selesa kelas mereka
sentiasa dalam keadaan bersih dan bebas daripada kerosakan.
187