Page 45 - bps 2020
P. 45
BIDANG TUGAS
SETIAUSAHA KURIKULUM
1. Menyediakan surat panggilan mesyuarat JKS mengikut takwim.
2. Surat panggilan hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar sebagai
Pengerusi.
3. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat mengikut format SPSK.
4. Mengedarkan minit mesyuarat 3 hari sebelum mesyuarat dijalankan.
5. Menyimpan dan merekod minit dalam fail.
6. Mengumpul dan menyimpan rekod semua analisa ujian yang
diperolehi dari Setiausaha Peperiksaan.
7. Menyerahkan rekod analisa kepada PK Pentadbiran sebagai rekod
kedua.
8. Mengumpul kertas soalan ujian semua mata pelajaran bersama-sama
Setiausaha Peperiksaan setiap kali selepas ujian dijalankan dan
mengkompailkan mengikut mata pelajaran.
SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
1. Mengedarkan jadual Ujian Formatif dan PKSR kepada semua murid
dan guru atas arahan Guru Besar.
2. Memaklumkan dan memastikan semua soalan disediakan oleh guru-
guru yang terlibat mengikut waktu yang ditetapkan.
3. Memberi laporan sekiranya ada masalah berhubung dengan
ujian/peperiksaan kepada PK Pentadbiran dengan kadar segera.
4. Mengedarkan borang analisa ujian mengikut mata pelajaran kepada
semua ketua panitia.
5. Memastikan semua soalan ujian disusun mengikut mata pelajaran
dengan bilangan yang cukup untuk semua murid.
6. Berbincang dengan pihak pentadbir setiap kali sebelum ujian
dijalankan.