Page 47 - bps 2020
P. 47

PANITIA MATA PELAJARAN (PMP)




                   A.  PENUBUHAN PANITIA MATA PELAJARAN

                       Surat Pekeliling Ikhtisas KP bil. 4/1986 menegaskan                pentingnya
                      penubuhan      panitia   mata    pelajaran   di   sekolah-sekolah     bertujuan

                      mengembeling tenaga pengajar dalam menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan

                      tugas-tugas mengajar melalui strategi P&P tetapi juga masalah berkaitan
                      motivasi,    sikap   dan   tabiat   belajar    pelajar.   Dengan    tugas   dan

                      tanggungjawab yang berat, maka Ketua Panitia patutlah terdiri daripada

                      guru kanan yang berpengalaman.



                   B.  OBJEKTIF PANITIA MATA PELAJARAN

                   1.   Merancang dan menyelaras pengurusan mata pelajaran.
                   2.   Memperbaiki dan meningkatkan mutu keberkesanan P&P.

                   3.   Berusaha memperbaiki dan mendapatkan strategi mengajar yang

                        inovatif mengikut perkembangan pendidikan semasa yang mendorong
                        mewujudkan perkembangan intelek dan rohani pelajar berasaskan

                        Falsafah Pendidikan Negara.

                   4.   Mempertingkatkan prestasi pelajar dalam setiap ujian dan peperiksaan

                        sekolah dan awam berpandukan perancangan panitia mata pelajaran
                        masing-masing.



                   C.  FUNGSI DAN PERANAN PMP
                      Panitia adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru

                      yang mengajar .Ketua Panitia / Guru Kanan dilantik oleh Guru Besar dan

                      menjadi ahli jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Ahli-ahli panitia hendaklah

                      bermesyuarat sekurang-kurang 3 kali dalam satu tahun persekolahan.Ahli-
                      ahli panitia digalakkan mengadakan sesi perbincangan dari semasa ke

                      semasa secara tidak formal membincangkan masalah yang wujud.

                      Perkara-perkara yang perlu dilaksanakan oleh PMP ialah ;

                   1.   Memperoleh sukatan pelajaran semasa dan menyediakan rancangan
                        mengajar yang diselaraskan mengikut penggal berdasarkan keperluan

                        sesuatu kelas.
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52