Page 66 - Buku Pengurusan SK Guar Perahu 2019_Neat
P. 66

PENGURUSAN & TAKWIM  2019



                           DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID



              DASAR 1       : TENAGA PENGAJAR

              1.1    Semua  guru dan  kakitangan  di sekolah  ini adalah merupakan  ibu-bapa  kedua
                     kepada semua murid.
              1.2    Sentiasa  meletakkan kepentingan  dan  kebajikan  pelajar dalam  semua bentuk.
                     Tindakan kepada semua murid.
              1.3    Semua guru perlu melayan semua murid dengan adil, saksama, bertimbang rasa
                     dan penuh kasih saying.
              1.4    Sentiasa menyimpan rahsia dan keburukan peribadi dan keluarga keluarga murid.

              DASAR 2       : KEMASUKKAN PELAJAR

              2.1    Sekolah ini menerima kemasukkan pelajar dari pelbagai kaum tanpa sekatan.
              2.2    Setiap pelajar di sekolah ini akan didaftarkan ke dalam BUKU DAFTAR MURID.
              2.3    Setiap pelajar akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.
              2.4    Setiap pelajar diwajibkan memiliki sebuah buku “PERATURAN SEKOLAH” pada
                     setiap masa.
              2.5    Setiap pelajar dikehendaki hadir pada hari pendaftaran, persekolahan biasa dan
                     aktiviti kokurikulum.
              2.6    Setiap pelajar yang belajar di sekolah ini mesti mempunyai SURAT LAHIR yang
                     sah.
              2.7    Sekolah tidak akan membenarkan pelajar menumpang belajar di sekolah.

              DASAR 3       : DISIPLIN PELAJAR

              3.1    Semua guru di sekolah ini adalah guru disiplin.
              3.2    Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah akan dihadapkan ke Lembaga
                     Disiplin Sekolah.
              3.3    Ibu-bapa pelajar yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin akan dipanggil hadir ke
                     sekolah.
              3.4    Sekolah  akan  mengamalkan  pendekatan  ‘NASIHAT  DAN  BIMBINGAN”  dalam
                     menangani masalah disiplin pelajar.
              3.5    semua  guru  tidak  dibenarkan  mengambil  tindakan  sendiri  menghukum  pelajar
                     yang melanggar PERATURAN SEKOLAH.









                                                                                                         64
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71