Page 67 - Buku Pengurusan SK Guar Perahu 2019_Neat
P. 67

PENGURUSAN & TAKWIM  2019



              DASAR 4       : KESELAMATAN PELAJAR

              4.1    Keselamatan pelajar akan sentiasa dijaga sepanjang mereka berada di kawasan
                     sekolah dari jam 7.00 pagi hingga tamat sesi persekolahan serta semasa aktiviti
                     KOKURIKULUM.
              4.2    Semua pelajar akan dilindungi dengan Insuran Takaful.
              4.3    Pelbagai peraturan akan digubal dan dikuatkuasakan demi menjaga keselamatan
                     pelajar.

              DASAR 5       : KESIHATAN PELAJAR

              5.1    Sekolah akan memastikan tahap kebersihan kawasan dan tempat belajar murid
                     sentiasa dijaga.
              5.2    Sekolah  akan  sentiasa  memastikan  tahap  kesihatan  pelajar  sentiasa  diambil
                     perhatian melalui pelbagai program yang dirancang
                     * Pemeriksaan Gigi dan Mata
                     * Pemeriksaan kesihatan
                     * Pengajaran & Pembelajaran PJK
                     * Ceramah dan Kempen
              5.3    Kebenaran  diberikan  kepada  penjaga  dan  guru  untuk  membawa  pelajar  yang
                     sakit mendapatkan rawatan di hospital.
              5.4    Pelajar yang sakit semasa berada di sekolah akan diberikan rawatan dan jagaan
                     yang sempurna di bilik rehat dan penjaga akan dihubungai.
              5.5    Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital tanpa menghubungi
                     penjaga terlebih dahulu, terhadap kes-kes kecemasan yang kronik.
              5.6    Pemeriksaan kesihatan secara mengejut terhadap rambut, kuku dan sebagainya
                     akan dilakukan.
              5.7    Pihak  sekolah  akan  berusaha  membantu  pelajar-pelajar  yang  menghadapi
                     masalah kesihatan yang kronik.

              DASAR 6       : KEBAJIKAN PELAJAR

              6.1    Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan cuba dibantu melalui
                     jawatankuasa yang dibentuk diperingkat sekolah.
              6.2    Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada mana-mana pihak yang ingin
                     menyumbangkan bantuan kepada pelajar.
              6.3    Pihak  sekolah  akan  cuba  membantu  pelajar  yang  cemerlang  untuk  mendapat
                     peluang belajar  di tempatkan  yang lebih baik dan sempurna.
              6.4    Pihak sekolah tidak akan menghebahkan kepada mana-mana pihak dalam apa
                     jua  bentuk  hebahan  terhadap  sebarang  keburukkan    setiap  individu  pelajar  di
                     sekolah ini.




                                                                                                         65
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72