Page 3 - NASI KERABU
P. 3
SEJARAH NASI KERABU
Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya berwarna kebiruan, dan
biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, ikan dan daging
bakar, keropok serta budu dan ulam-ulaman ditambah lagi dengan sambal.
Makanan sampingan dia pula adalah solok lada, jeruk bawang putih dan telur
masin.
Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang (morning glory) yang
digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya,
menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu
kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.
Nasi kerabu dari fizikalnya amat sihat kerana terdapat campuran antara
karbohidrat dan vitamin dan ini lengkap untuk dijadikan santapan tidak kira
pagi, tengah hari atau malam.