Page 3 - NASI AMBANG
P. 3

NASI AMBENG

 Nasi Ambeng merupakan salah satu makanan tradisional tempatan yang
lazat dan masih popular dikalangan masyarakat melayu keturunan Jawa yang
tinggal di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
 Nasi Ambeng bukan sahaja popular dikawasan tersebut malah ia masih
menjadi makanan yang masih digemari oleh masyarakat jawa yang sebahagian
besar tinggal di Pulau Jawa Indonesia dan orang tua-tua mengatakan bahawa
makanan ini berasal dari Pulau Jawa.

 Selalunya makanan ini disediakan dalam majlis-majlis tertentu seperti kenduri
arwah dan kenduri kesyukuran samada pada waktu malam atau tengahari. Simbolik
dari penyediaan nasi ambeng adalah untuk menjimatkan kos dan kerja pengendalian
majlis-majlis tersebut. Disamping itu pengamal nasi ambeng percaya amalan ini
boleh membawa kerukunan atau kebahagiaan dalam keluarga.
   1   2   3   4   5   6   7   8