Page 302 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 302

18    PENGURUSAN PERANCANGAN KURIKULUM


                                        ANALISIS SWOC UNIT KURIKULUM

               KEKUATAN

               S1      Sekolah mempunyai guru-guru berpengalaman mengajar bagi mata pelajaran
                       teras dan wajib lulus.
               S2      Program-program  yang  dirancang  oleh  Unit  Kurikulum  adalah  tersusun  dan
                       mendapat kerjasama semua pihak.
               S3      Sekolah  mempunyai  kemudahan  prasarana  dan  bilik  darjah  yang  selesa
                       termasuklah kelas PA21.
               S4      Pelajar-pelajar bergiat aktif dan memberikan komitmen tinggi dalam program
                       yang dianjurkan.
               S5      Bantuan  kewangan  yang  cukup  dari  dana  PIBG,  Unit  Kecemerlangan  dan
                       Dana Felda.
               S6      Pelajar lemah 3M hanya minoriti sahaja.

               KELEMAHAN

               W1      Kekurangan masa menghadkan guru melaksanakan kesemua program yang
                       telah dirancang.
               W2      Kekurangan guru opsyen bagi mata pelajaran teras terutama Bahasa Melayu
                       dan Bahasa Inggeris.

               PELUANG

               O1      Pelajar-pelajar berpotensi untuk lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
                       dan Sejarah.
               O2      Pelajar  berpeluang  luas  untuk  melibatkan  diri  dalam  semua  aktiviti  yang
                       dianjurkan oleh Unit Kurikulum.
               O3      Pelajar cemerlang mampu mendapat A dalam mata pelajaran teras dan wajib
                       lulus.

               CABARAN

               C1      Pelajar  terpengaruh  dengan  pencemaran  Bahasa  melalui  media  bagi  mata
                       pelajaran Bahasa Melayu.
               C2      Tanggapan  pelajar  terhadap  mata  pelajaran  Bahasa  Melayu  terlalu  mudah
                       dan tidak berusaha gigih menguasainya.
               C3      Tanggapan  negatif  pelajar  terhadap  mata  pelajaran  Sejarah  yang  dianggap
                       lapuk  dan  ketinggalan  mengurangkan  minat  untuk  mengulangkaji  mata
                       pelajaran tersebut.
               C4      Gejala  sosial  dan  dadah  yang  menular  telah  merosakkan  pemikiran  dan
                       penguasaan murid terhadap pelajaran.
   297   298   299   300   301   302   303   304   305   306   307