Page 14 - Demo
P. 14
FACULTY FACULTY
Ad Design Exposition Uitm 2019
AddE PAMER KARYA TERBAIK PENUNTUT UITM
Teks oleh: Mohamad Hariz Bin Mohd Sopian Sumber foto: galeri.prima
Kuala Lumpur : Seramai 81 penuntut Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam mengambil bahagian dalam Ad Design Exposition (ADDE) 2020 yang diadakan di Galeri Prima, Anjong Riong The News Straits Times Press (M) Berhad NSTP, Balai Berita, Bangsar di sini bermula kelmarin hingga khamis ini. Mereka terdiri penuntut semester akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen, Seramik Perindustrian, Seni Reka Logam Kontemporari dan Seni Reka Tekstil.Timbalan Pengerusi ADDE 2020 merangkap Ketua Pusat Pengajian Seni Reka UITM Sha Alam Dr Asliza Aris berkata, program berkenaan dianjurkan bagi memperkenalkan karya dan hasil kreativiti penuntut kepada umum. mempamerkan 15 karya terbaik penuntut Jabatan Seni Reka Fesyen. Sebanyak 24 daripada Seni Reka Tekstil, 12 hasil kerja Seni Reka Logam Kontemporari dan 8 hasil
kerja Seni Reka Seramik Perindustrian”. Menerusi program wwini, kami bukan hanya mengetengahkan hasil karya, tetapi penuntut berkenaan sendiri yang akan menjadi pereka dalam industry selepas tamat pengajian nanti. “Antara pengisian lain diatur sepanjang lima hari program berlangsung adalah bengkel seni reka, forum, demonstrasi, bicara seni dan keraya yang mengundang wakil industri sebagai ahli panel.” Katanya selepas majlis pelancaran ADDE 2020. Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Pro Canselor UITM Tan Sri Dr Arshad Ayub. Hadir sama, dekan FSSR UITM Profesor Dr Ruslan Abdul Rahim. Selain daripada peragaan koleksi pakaian, majlis turut memberi beberapa penghargaan kepada penuntut terbaik FSSR yang terlibat.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Pro Canselor UITM