Page 15 - Demo
P. 15

 dR NOOR AZLY BIN MOHAMMEd ALI
KETUA PUsAT PENGAJIAN KOMUNIKAsI VIsUAL BARU
Teks oleh : Nur Sarah Binti Azlan Sumber foto : Internet
Pada Mac lalu, Dr Noor Azly Bin Mohammed Ali telah dilantik menjadi Ketua Pusat Pengajian Komunikasi Visual di Fakulti Senilukis & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Teknologi Percetakan pada tahun 1996 dari Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam. Kemudian beliau menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Kajian Penerbitan di Universiti Malaya (2001), Diploma Print Media (2009) dari PrintPromotion GmbH di Germany dan peringkat PhD Art&Designpadatahun2018dariUniversitiTeknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Sebelum berkhidmat
bersama Universiti Teknologi
MARA (UiTM), beliau pernah
bekerja sebagai Eksekutif
Pengurusan Bahan di syarikat
Ultimate Print Sdn Bhd dari 1997
hingga 1999. Beliau memulakan
kerjayanya di Universiti Teknologi
MARA (UiTM) pada tahun 2002
sebagai pensyarah di Jabatan
Teknologi Percetakan, Fakulti
Seni Lukis & Seni Reka (FSSR).
Beliau pernah menjadi juruaudit
dalaman di Fakulti Seni Lukis
& Seni Reka pada tahun 2017.
Beliau juga pernah memegang
jawatan sebagai Koordinator
Program di Jabatan Teknologi
Percetakan, Fakulti Seni Lukis
& Seni Reka dari September
2018 hingga Mac 2020. Selain
itu, beliau telah menerima
Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang UiTM dari Universiti Teknologi MARA pada tahun 2006 dan 2018. Kini, beliau masih berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Teknologi Percetakan di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Puncak Alam.
Saranan Dr. Noor Azly sebagai Ketua Pusat Pengajian kepada pelajar dan warga UiTM tentang Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) atas Talian semasa PKP (Perintah Kawalan Pergeralan) dilaksanakan.
Umumnya, dunia kini sedang berhadapan dengan penularan virus COVID-19. Tiada siapa yang mampu untuk meramal dengan tepat, bila penularan
GAP E
wabak ini akan berakhir. Selaras dengan situasi tersebut, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang dibuat oleh Perdana Menteri, yang telah mengistiharkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020. Justeru itu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menyusun perancangan untuk pengendalian aktiviti dan pengoperasian proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk dijalankan dalam tempoh PKP. Kaedah pengajaran dan pembelajaran akan terus dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian iaitu, melalui Open and Distance Learning (ODL).
Dr Noor Azly Bin Mohammed Ali
Pihak UiTM turut menawarkan penggunaan e-Learning yang meluas melalui platform UFUTURE dan iLearn. Selain itu, para pensyarah dan pelajar turut disarankan untuk menggunakan mana- mana platform digital atau aplikasi yang difikirkan sesuai seperti Google Meet, Zoom, WhatsApp, Telegram, Youtube, Facebook dan sebagainya. Pihak universiti sentiasa berusaha dan memantau agar PnP dapat dijalankan sebaik mungkin.
Saranan untuk semua warga universiti agar kita semua mengikuti Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu, (i) Amalkan jarak
sosial iaitu, jarak diri 1 meter dengan individu lain apabila berkunjung dan berada di luar (ii) lazimkan basahkan tangan menggunakan losen “hand sanitizer”atau basuh dengan sabun dan air, (iii) pakai topeng hidung dan mulut (mask) apabila hadir ke tempat tumpuan ramai. Semoga kita semua tidak berputus asa untuk sama-sama melawan COVID-19. Seterusnya bersama kita dalam melaksanakan perancangan universiti untuk memastikan setiap pelajar tidak tertinggal dalam penyampian PnP dalam pendekatan atas talian.
12
PRINTECH MAGAZINE





























































   13   14   15   16   17