Page 17 - Demo
P. 17
Ketika membuat persembahan di Insider Ipoh.
sUKAR LUPAKAN KONsERT PERTAMA!
Teks oleh : Atiqa Sofea Binti Aminudin Sumber foto : Pengurus Capsoul Band
Kumpulan Capsoul Band ini terdiri daripada 6 ahli kumpulan iaitu Hafi, Adib, Asyul, Putra, Raimy dan Ciga. Setiap ahli mempunyai kehebatan untuk ditunjukkan kepada para peminat mereka yang sentiasa menjadi tulang belakang untuk mereka teruskan berkarya. Hafi merupakan vokalis utama, Adib sebagai gitaris kedua iaitu ‘rhythm guitar’, Asyu sebagai pemain drum utama, putra memainkan peranan penting bagi setiap susunan bait-bait lagu iaitu pemain bas, Raim pemain ‘synth’ dan Ciga sebagai gitaris utama. Tidak dilupakan mereka merupakan pelajar Sarjana Muda UiTM Shah Alam jurusan Musik.
Bila menceritakan pengalaman yang paling sukar dilupakan mereka berkata pengalaman yang kami tidak boleh lupakan semasa bermain untuk pembukaan “Api-Api Music Festival 2019.” Pelbagai perasaan yang bercampur baur sehingga susah diungkapkan oleh mereka, sedih, marah, teruja dan kegembiraan itulah yang dirasai oleh mereka. Sambung mereka lagi
GAP E
“kami tidak menyangka tawaran yang begitu besar diberi sedangkan kami hanya band yang baru naik dan baru ingin mencorak langkah”. Begitu bersederhana personaliti ahli Capsoul Band ini bila bercakap, ini kenapa peminat begitu menyukai mereka.
Ketika di Api-api Music Festival terdapat banyak band-band yang terkenal oleh lebih ramai orang. Tetapi impak yang dibawa oleh Capsoul Band sendiri mereka mampu untuk berdiri di atas pentas bersama barisan-barisan band yang dipandang tinggi oleh Capsoul sendiri. Mereka tersentuh apabila ‘crowd’ sangat aktif malah mereka mengikut rentak yang dihidangkan oleh Capsoul Band..
Jika ditanya siapakah paling banyak bercakap diantara mereka, sebulat suara menyatakan Putra. Putra merupakan seseorang lepasan Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Musik jadi tidak hairanlah seorang guru
Mampu untuk bercakap lebih dari 10,000
14
PRINTECH MAGAZINE