Page 16 - Demo
P. 16
FAKULTI sENI LUKIs dAN sENI REKA (FssR), UITM MENGHAsILKAN ALAT PERLINdUNGAN dIRI (PPE)
Teks oleh : Mohammad Rohaifi Bin Ramli Sumber foto : Nur Farina & Anis Syafinaz
Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia kini sudah masuk hari ke-17.Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Universiti Te- knologi Mara (UiTM), Shah Alam giat dan sekumpulan pensyarah menghasilkan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas barisan hadapan teruta- manya yang mengendalikan kes wabak Covid-19.Inisi- atif projek kemasyarakatan ini terhasil dengan diketuai oleh Pensyarah Kanan, Dr Rose Dahlina Rusli bersama enam lagi pensyarah apabila mereka mendapati video tular berkaitan penghasilan PPE sendiri oleh segelintir jururawat untuk kegunaan mereka.
Koordinator Program Pusat Kesihatan Klang, Dr. Asliza Aris menyifatkan kerja- kerja sukarelawan ini dapat membantu dan menjadi satu pembakar seman- gat petugas barisan hadapan.
Kerja- kerja penghasilan PPE ini dihasilakan di bengkel jahitan FSSR dengan dibantu seramai 51 orang tukang jahit profesional di sekitar kawasan daer- ah persekitaran Shah Alam.Projek khidmat sosial mas- yarakat (CSR) ini turut dibantu alumni, badan bukan kerajaan (NGO) dan sumbangan orang ramai dengan dengan pemberian bahan mentah untuk proses pelak- sanaan PPE ini.Dalam pada itu Ketua
MAJLIs MAKAN MALAM GRAFIK
Teks oleh : Ain’Nur Balqis Binti MohdSahar Sumber foto : Nur Farina & Anis Syafinaz
Pada 5 Disember 2019 yang lalu bersamaan hari Khamis, kesemua pelajar Diploma dan Degree grafik telah mengadakan majlis makan malam bertempat di Tasik Alam Bina. Majlis makan malam ini bermula dari 8 malam sehingga 11 malam. Majlis makan malam tersebut berlangsung dengan meriah sekali dengan kehadiran para pensyarah. Pada malam itu juga, setiap kelas harus membuat persembahan. Tidak kira sama ada nyanyian atau tarian. Mereka juga membuat cabutan bertuah bagi memeriahkan lagi majlis pada malam itu. Semua pelajar yang hadir sangat gembira pada malam itu kerana dapat meluangkan masa dan mengeratkan silaturrahim di antara kawan-kawan dan
pensyarah. Sepertimana yang kita tahu, kebiasaanya setiap majlis makan malam pasti ada tema bagi menambahkan lagi seri pada majis makan malas tersebut, begitu juga dengan semua pelajar grafik ini. Majlis makan malam itu bertemakan “Bohemian”. Semua pelajar dan pensyarah menggayakan pakaian yang cantik dan kemas bersesuaian dengan tema yang sudah dipilih. Akhir sekali, majlis makan malam tersebut berjalan dengan lancar dan meriah. Semua yang terlibat sangat gembira menghadiri majlis makan malam tersebut dan berharap agar majlis makan malam seperti ini akan diadakan pada setiap semester.