Page 24 - Demo
P. 24

 ALUMNI
ALUMNI
PERsARAAN PEREKA FEsYEN TANAH AIR
Teks oleh : Nur Amira Najiha binti Mohamad Azlan Sumber foto : Instagram Dato Rizalman
Dato Rizalman Ibrahim. Bila kita sebut sahaja nama Rizalman, seluruh rakyat Malaysia mengenali nama ini. Satu nama yang besar di dalam industri fesyen di tanah air dan salah seorang alumni Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Namun, berita yang mengejutkan telah disampaikan oleh Dato Rizalman sendiri iaitu pengumuman beliau untuk bersara sebagai pereka fesyen beberapa minit sebelum Kesuma Jiwa melabuhkan tirai. Menurut Ikon fesyen tanah air itu,
berita pemergian rakan-rakan industri seni pada usia yang muda turut
menjentik keinsafan pada diri beliau. Pementasan Kesuma Jiwa ialah
persembahan pertunjukan fesyen terakhir beliau. Pada 21 Februari,
beliau mengumumkan persaraannya sebagai pereka fesyen
kerana merasakan "takut tidak bersedia apabila dijemput Ilahi".
Saya sendiri terkejut dengan berita yang saya baca di
laman sesawang. Dato Rizalman telah banyak menginspirasikan
saya untuk sentiasa memperbaiki diri dan membuatkan saya
terus maju ke hadapan. Memulakan kerjaya dari bawah, beliau
kini digelar ‘Royalty of Malaysia’s Fashion’. Rizalman Ibrahim adalah pereka fesyen yang telah lama popular di Malaysia. VIP dan artis-artis Malaysia sering mendapatkan khidmat beliau. Apa-apa pun, tahniah buat Dato Rizalman dan terima kasih kerana telah menginspirasikan ramai orang terutamanya dari kami pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM).
ALUMNI UITM JUARA AJL 2020
Teks oleh : Nurul Murni Binti Junaidi Sumber foto : Internet
pada 9 September 1997 dan menamatkan pengajian diploma muzik di Fakulti Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam pada 2018. Naim telah lama berkecimpung dalam dunia lakonan sejak beliau masih muda. Selain itu, Naim kerap membuat “cover” lagu di Instagram beliau dan berjaya menarik minat peminat kerana suaranya yang merdu. Pada 2018, Naim mengeluarkan 2 lagu single berjudul Sekali Lagi dan Sempurna. [4] Beliau juga merupakan artis di bawah naungan syarikat rakaman World Peace (WP)Entertainment. Naim diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, Lagu Sumpah nyanyian dan ciptaan Naim sendiri memenangi trofi dan wang tunai sebanyak RM50,000.
GAP 21 E
Muhammad Naim Daniel bin Baharin (lahir 9 September 1997) atau lebih terkenal sebagai Naim Daniel ialah seorang pelakon, penyanyi dan penulis lagu lelaki. Naim dilahirkan















































































   22   23   24   25   26