Page 25 - Demo
P. 25

                                                                      Teks oleh: Nur Fathiah Athirah Binti Abdullah Sumber foto : Nur Dharlyna Binti Abdul Samad
Eximete Colourguard menyertai Malaysia National Band Competition 2019 (NATCOMP) yang diadakan di Stadium Darul Aman, Alor setar pada 13 july 2019. Terlibat dalam Street Parade, Mereka memenangi tempat kedua dalam colourguard kategori open division iaitu kategori Pembahagian Terbuka.
Selain itu, mereka juga menyertai Pertandingan Percussion UiTM 2019 yang diadakan di Dewan Berlian, UiTM Puncak Alam yang berlangsung selama 4 hari dari Tarikh bermula 25-28 Julai 2019. 3 kategori yang terlibat adalah colour guard, drumline battle dan percussion dan mereka memenangi dua anugerah iaitu Anugerah Juara untuk kategori colourguard dan juga memenangi tempat pertama dalam percussion.
Sementara pertandingan percussion dijalankan di UiTM Puncak Alam, untuk bahagian Drumline Battle Category, kumpulan eximete colourguard pergi untuk pertandingan lain yang diadakan di Petaling Jaya . Pertandingan ini melibatkan beberapa negara lain seperti Thailand, Indonesia dan Taiwan. Nama pertandingan yang disertai ialah Asian Junior Marching Band Championship (AJMBC) di Stadium Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jayapada hari 27 Julai 2019 dan memenangi tempat pertama dalam bahagian Colourguard Open Category.
Kumpulan mereka juga menghantar beberapa solo dan duet dan menang dalam kategori:
- Kategori Duet Juara
- Kategori Duet Naib Juara
- Kategori Solo Naib Johan - Kategori Solo Naib Johan
Adapun pertandingan ketiga yang mereka sertai pada tahun 2019 adalah Kuala Lumpur International Youth Marching Band Competition (KLIYMBC) dan ianya juga adalah pertandingan antarabangsa yang melibatkan Thailand dan Indonesia yang bertempat di Stadium hoki, Kuala Lumpur pada tarikh 2 & 3 Ogos 2019.
Pencapaian yang dicapai ialah Naib juara ke-2 untuk kategori terbuka colourguard juga beberapa anugerah untuk kategori solo dan duet. Eximete Colourguard juga mengambil bahagian dalam Pertandingan Kawad Hari kebangsaan 2019, peringkat negeri Perak, bersama dengan kumpulan penuh Eximius Regiment. Pencapaiannya ialah mereka mendapat Naib Johan kategori pancaragam.
Selain pertandingan, Eximete Colourguard juga melibatkan diri dalam membuat pertunjukan di UiTM, misalnya, upacara terbuka dan penutup untuk KARISMA, KESUMA, hari sukan kursus dan banyak lagi festival lain di UiTM. Kumpulan mereka juga dijemput oleh MAPS Perak untuk membuat beberapapertunjukan perarakan setiap hujung minggu selama beberapa minggu.
Setiap semester, konsert amal akan diadakan di UiTM Seriм Iskandar Perak, untuk mengumpulkan dana. Semasa konsert, beberapa lagu akan dimainkan oleh Eximius Regiment blower dan perkusi, juga persembahan oleh Eximete Colourguard
    UITM PERAK : ExIMETE COLOURGUARd
                    





















































































   23   24   25   26   27