Page 26 - Demo
P. 26
UITM BERALIH KE MOd OPEN ANd dIsTANCE
LEARNING (OdL)
Teks dan foto oleh : Edrina Syazlina Binti Ahmad Badri
Umum mengetahui bahawa UiTM masih meneruskan sesi pengajiannya untuk sem ini melalui Open and Distance Learning (ODL) mulai 13 April 2020. Semua penilaian pembelajaran akan dijalankan secara dalam talian dan secara jarak jauh.
ODL merupakan akronim kepada Online Distance Learning (Pembelajaran Jarak Jauh secara Atas Talian), sebuah kaedah pembelajaran memerlukan para pendidik berhubung dengan pelajar mereka tanpa berada di dalam kelas secara fizikal. Mereka boleh berhubung secara maya melalui aplikasi seperti Google Classroom, Webex Meet, Zoom dan sebagainya.
Kaedah pembelajaran ini semakin giat dijalankan oleh warga pendidik di seluruh dunia memandangkan kebanyakan pusat pengajian terpaksa ditutup akibat kuarantin. Melalui ODL, setiap sesi pembelajaran dapat diteruskan walaupun pelajar dan pendidik tidak dapat berada di dalam kelas.
Pelaksanaan pembelajaran jarak jauh dalam talian (ODL) yang dijalankan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas
positif mahasiswanya.
Tenaga pengajar sentiasa prihatin dengan masalah
yang dihadapi oleh mahasiswa termasuk masalah capaian Internet. Pensyarah sentiasa berusaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyempurnakan pembelajaran ODL supaya berjalan lancar walaupun melalui situasi pembelajaran baharu dan kelainan daripada kebiasaan.
Perubahan konsep kaedah pengajaran dan pembelajaran berkenaan dilakukan banyak memberi manfaat kerana tidak perlu menangguhkan sesi pembelajaran ke semester hadapan walaupun berhadapan dengan PKP ketika ini.
Akhir kata, mungkin ada di antara kita yang tidak biasa dengan cara belajar secara ODL ini. Apa yang penting adalah setiap pelajar mendapat akses kepada sumber pembelajaran dan perbincangan subjek daripada pensyarah. Usah khuatir, kerana kita semua sedang menghadapi perkara ini bersama-sama. Jangan putus asa dan terus berusaha. Pengurusan waktu adalah kunci kejayaan kita sekarang. Bak kata pepatah Arab, ‘Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu.’
PRINTECH MAGAZINE
GAP 23 E
Situasi pelajar uitm belajar sewaktu mod online distance learning (ODL)