Page 28 - Demo
P. 28
COVId19
BANTUAN BEKALAN MAKANAN KEPAdA PELAJAR YANG TERKANdAs dI KAMPUs
sEMAsA PKP
Teks oleh : Fakhira Binti Ngadini
Sumber foto : Nuramira Md Faizal & Hazmalis Basri
Pada 18 Mac 2020 , negara kita iaitu Malaysia telah diletakkan didalam perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan misi untuk mengawal penularan wabak Covid-19 yang kini berada di dalam fasa pembendungan terakhir. Perintah kawalan pergerakan yang dilakukan oleh Malaysia perlu diambil serious oleh rakyat Malaysia dan diwajibkan untuk patuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh negara kita. Berikutan dengan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan bahawa semua rakyat Malaysia tidak boleh melakukan aktiviti luar dan hanya duduk dikawasan yang sedia ada, maka terdapat sebilangan mahasiswa yang terkandas di kolej semasa penguguman PKP ini dilaksanakan.
Justeru, pelajar yang terkandas di kampus usahlah bimbang akan terputus bekalan makanan sekiranya terus terperangkap di kolej semasa PKP ini dilaksanakan. Hal ini kerana kerajaan Malaysia amat peka terhadap kebajikan akan pelajar IPTA/ IPTS di seluruh Malaysia terutamanya apabila melibatkan tentang kesihatan dan bekalan makanan untuk pelajar.Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang merupakan IPTA yang mempunyai cawangan di setiap negeri turut memberi bekalan yang mencukupi kepada setiap pelajar. Ia juga termasuk kepada pelajar yang duduk di luar kampus yang terkandas, turut diberi perhatian dalam menerima bantuan bekalan makanan sepanjang PKP dijalankan. Seperti yang diketahui umum UiTM sangat menitik berat akan kebajikan setiap pelajar malah di cawangan kampus UiTM Puncak Alam juga menerima bekalan makanan yang secukupnya. oleh pihak Universiti dan Kerajaan. Pelajar-pelajar yang terkandas juga tidak merungut akan bekalan makanan yang disediakan malah bersyukur pihak universiti bantu meringankan beban ketika PKP ini.
PRINTECH MAGAZINE
GAP 25 E