Page 27 - Demo
P. 27

 PENANTIAN: HOsPITAL UITM PUNCAK ALAM
Lawatan ke tapak Hospital UiTM Puncak Alam pada 2 April 2019 oleh Bahagian Komunikasi Korporat
Teks oleh : Izzati Binti Ahmad Zamri Sumber foto : Internet
Kesihatan Universiti McGill (MUHC) di sini, semalam. “Tujuan kita untuk bina hospital ini juga berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan (Zainal Abidin) ketika majlis konvokesyen yang lepas di mana baginda bertitah supaya UiTM mengadakan hospital di mana kita bukan sahaja boleh mempromosikan pelancongan perubatan tetapi juga memberi peluang luas kepada pelajar kita untuk mendapatkan latihan dan pengalaman,” katanya. Dr. Sahol Hamid berkata, projek itu dijangka memberi impak besar kepada negara dari segi penyediaan tempat penyelidikan perubatan yang canggih, pendedahan kepada pelajar dan tenaga pengajar selain sejajar dengan sasaran Malaysia untuk mempromosikan pelancongan kesihatan. Bagaimanapun, katanya, projek itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan kemampuan kewangan UiTM dan dijangka mengambil masa 10 tahun untuk lengkap sepenuhnya. Hospital itu dijangka dapat beroperasi dalam tempoh tiga tahun akan datang. Saya tidak sempat untuk melawat kawasan hospital ini kerana terpaksa pulang ke kampung atas arahan kerajaan, hal ini disebabkan penularan virus COVID-19. Kami tidak dapat menjalankan aktiviti luar kelas. Jadi tidak banyak info yang dapat saya kongsikan.
GAP 2 4 E
PRINTECH MAGAZINE
Seperti yang sedia maklum, sebuah hospital UITM akan dibuka di cawangan UITM Selangor iaitu UITM Puncak Alam. Pembinaan hospital ini telah bermula pada tarikh 11 april 2017 dan dijangka siap pada tarikh 10 april 2020. Cadangan merekabentuk, membina dan melengkapi mereka ialah 1 blok 10 tingkat bangunan hospital pengajar beserta pusat akademik perubatan dan wad yang mempunyai 400 buah katil. Kedua, 1 blok 8 tingkat bangunan kuarters jururawat dan houseman. Akhir sekali 1 blok 1 tingkat untuk surau. Apa yang dapat dari sumber bernama ialah Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, UiTM sudah bersedia untuk menjadi perintis kepada projek hospital yang dianggar menelan belanja RM22 bilion itu. “Projek ini diramalkan meletak UiTM di peta dunia,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara UiTM dan Pusat




























































































   25   26   27   28   29