Page 12 - MANUAL PENGURUSAN
P. 12

MANUAL PENGURUSAN                  2019



                 4   MANDAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

               FALSAFAH  PENDIDIKAN KEBANGSAAN
               Pendidikan  di  Malaysia  adalah  suatu  usaha  berterusan  kearah  memperkembangkan
               potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
               dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
               kepatuhan  kepada  Tuhan.  Usaha  ini  adalah  bertujuan  untuk  melahirkan  warganegara
               Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
               dan  berkeupayaan  mencapai  kesejahteraan  diri  serta  memberikan  sumbangan  terhadap
               keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


               VISI  KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
               Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera

               MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
               Melestarikan sistem Pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi
               memenuhi aspirasi negara.

               TERAS PERKHIDMATAN AWAM
                 Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
                 Bekerja dengan penuh tangungjawab
                 Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
                 Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
                 Bekerja kearah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
                 Berpegang teguh kepada ajaran agama
                 Bekerjasama membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara

               12 INISIATIF TERBARU PERINGKAT SEKOLAH
               1.     Mulai  2019  setiap  sekolah  akan  ada  Manual  Nilai  yang  akan  dibacakan  di  setiap
                      perhimpunan
               2.     Pendidikan Sivik akan diperkenalkan
               3.     KPM  akan  berusaha  memperbaik  masalah  “mutual  distrust”  antara  guru  dan  ibu
                      bapa
               4.     Popularkan kembali budaya “hero teachers” untuk tingkatkan pengiktirafan profesion
                      guru
               5.     Telefon pintar akan dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan
               6.     Kanak-kanak tiada kewarganegaraan boleh memasuki sekolah mulai 2019
               7.     Kawasan rehat guru akan diwujudkan
               8.     Guru tiada lagi kerja kekeranian bermula 2019
               9.     Tidak  akan  ada  kompromi  dalam  belanjawan  pendidikan.  Pendekatan  selepas  ini
                      akan “slice and dice” ketirisan
               10.    Ke arah menjadikan sektor pendidikan “OKU Friendly”
               11.    Menyelesaikan isu sekolah daif
               12.    Kemerihan “speakers corner” di sekolah-sekolah

                                         BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my    11
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17