Page 9 - MANUAL PENGURUSAN
P. 9
MANUAL PENGURUSAN 2019
2 PERUTUSAN PENGETUA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sehati Mengungguli Prestasi
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan segala rahmat dan iradat-Nya dapat kita
meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita sebagai pendidik anak bangsa. Semoga amanah yang
dipikul ini dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.
Syabas sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ahli JK Kerja Penyediaan Buku Manual
Pengurusan SMK Bandar Sungai Buaya kerana telah berjaya menyiapkan Manual Pengurusan Sekolah sesi 2019.
Manual Pengurusan Sekolah ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti dan keberkesanan tugas dalam usaha melahirkan
modal insan yang memiliki ilmu, kemahiran dan nilai yang tinggi pada era globalisasi ini. Selain itu, Manual Pengurusan
Sekolah juga menjadi sumber rujukan dan garis panduan kepada guru-guru dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan.
Sejajar dengan perubahan sistem pendidikan negara ke arah Pendidikan Abad 21 dan Kurikulum KSSM warga
guru dituntut untuk meningkatkan kemahiran dalam pelbagai ilmu selaras dengan kemajuan Sains dan Teknologi pada
masa kini. Oleh itu, sewajarlah warga pendidik yang menjadi pelaksana dapat menjalankan amanah ini ke arah kejayaan
transformasi pendidikan negara. Pendidik menjadi peneraju dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan,
berkemahiran dan berkeperibadian mulia. . Sesungguhnya, guru-guru berupaya membuktikan bahawa kita mampu
membangun dan melahirkan modal insan yang diingini oleh bangsa dan negara Situasi ini telah menuntut warga pendidik
untuk lebih prihatin dan mempunyai daya juang yang tinggi dalam mencapai sasaran-sasaran yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sebagai ketua organisasi sekolah, saya berharap supaya semua warga sekolah akan dapat
sama-sama menggembleng tenaga dalam melaksanakan semua program dan aktiviti yang telah
dirancang. Semangat kerjasama dan permuafakatan serta komitmen yang tinggi amat penting dalam
menjana kejayaan dan kecemerlangan. Marilah kita bekerja sebagai satu pasukan kerana „Muafakat
Membawa Berkat‟, „Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh‟. In Sha Allah, kejayaan akan bersama
dengan kita. Marilah kita bersama-sama bekerja dengan setulus hati kerana segala keikhlasan dan pengorbanan yang
kita lakukan akan dirahmati Allah. Kepuasan dapat dirasakan apabila melihat anak-anak yang kita didik berjaya dengan
cemerlang dalam bidang akademik di samping memiliki sahsiah dan budi pekerti yang gemilang ke arah menjadi insan
terbilang yang dapat memajukan negara dalam pelbagai bidang setanding dengan negara maju yang lain.
Akhir kata, semoga sesi persekolahan tahun 2019 akan bergerak seiring dengan azam dan
tekad bagi meningkatkan kualiti dan profesionalisme diri yang menuntut kepada p erubahan bagi
menjamin SMK Bandar Sungai Buaya terus mencapai prestasi yang membanggakan. Saya berharap
agar semua warga SMK Bandar Sungai Buaya terus melipatgandakan usaha dalam melakar kejayaan
yang gemilang dalam semua bidang, sama ada akademik, kokurikulum, sahsiah dan juga disiplin.
Sekian, terima kasih.
“Berkhidmat Untuk Negara”
ALIMAH BINTI ABU NOH
Pengetua
SMK Bandar Sungai Buaya
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 8