Page 134 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 134

1.     LATAR BELAKANG
                    Kajian buli dan ponteng yang telah dibuat di pusat pengajian tinggi membuktikan bahawa
                    masalah disiplin di sekolah semakin meningkat. Salah laku ini juga menyumbang kepada
                    salah laku negatif yang lain seperti bergaduh, merokok dan kesalahan lain di luar atau di
                    dalam sekolah. Amalan  buruk yang dilakukan oleh pelajar ini patut dibendung. Wujudnya
                    jawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang lebih daripada seorang di sekolah diharap
                    dapat membantu menangani masalah  disiplin ini secara lebih profesional.


             2.     PERNYATAAN MASALAH
                    Perbuatan melanggar disiplin sekolah oleh pelajar sentiasa berlaku. Pihak sekolah telah
                    berusaha  untuk  mengubah  tingkah  laku  yang  negatif    dengan  berbagai-bagai
                    pendekatan.  Peranan  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  sememangnya  telah  diterima
                    sebagai  satu  perkhidmatan  yang  penting  di  sekolah.  Bagi  membantu  pihak  sekolah
                    menangani  masalah  ini  secara  lebih  profesional,  data  dan  maklumat  diperlukan  untuk
                    membuktikan keberkesanan program yang telah dijalankan dan jumlah murid yang  telah
                    berubah dan tingkah laku negatifnya  kepada tingkah laku positif.


             3.     MATLAMAT

                    Semua  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  dapat  menyediakan  maklumat  dan  data
                    berkaitan dengan program-program yang telah dijalankan kepada kumpulan sasaran dan
                    mempunyai data bilangan murid yang telah berubah tingkah lakunya dan memperolehi
                    kecemerlangan hasil daripada keberkesanan peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling
                    di sekolah dan asrama.


             4.         OBJEKTIF

                    4.1 Membantu sekolah mengurangkan masalah salah laku dan masalah sosial murid.
                    4.2 Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat membantu menyelesaikan masalah salah laku
                        dan sosial murid secara berfokus dan bermaklumat.
                    4.3 Meningkatkan kefahaman pihak pengurusan sekolah terhadap peranan Guru
                        Bimbingan dan Kaunseling  dalam usaha menangani masalah disiplin pelajar.

                    4.4 Membugarkan peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam menangani disiplin
                        pelajar.



             5.     RASIONAL
                    Misi  Perkhidmatan  Bimbingan  dan  Kaunseling  adalah  untuk  melahirkan  insan  yang
                    seimbang serta dapat memperkembangkan potensi diri secara menyeluruh.






             6.     FOKUS PELAN TINDAKAN



                                                           136
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139