Page 129 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 129

9.0    MATLAMAT
                    9.1    Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.
                    9.2    Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai – nilai murni berasaskan
                           kepada kepercayaan kepada Tuhan.
                    9.3    Memupuk potensi/bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka,
                           bertimbang rasa, rela, taat, menolong dan berupaya hidup selasa dalam
                           masyarakat majmuk.
                    9.4    Melalui pengaruh positif dan bersepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat
                           memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku dalam
                           kalangan murid.

             10.0   OBJEKTIF

                    10.1   Membina pasukan PRS yang terlatih  untuk membantu rakan dari segi akademik,
                           perlakuan, emosi dan peribadi.
                    10.2   Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
                           untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan PRS.
                    10.3   Melatih murid dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi
                           secara berkesan dengan rakan dan individu lain.

             11.0   ETIKA PRS
                    PRS perlu patuh kepada etika berikut:

                    11.1   Amanah dan menyimpan rahsia.
                    11.2   Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
                    11.3   Tahu batasan dan keupayaan diri.
                    11.4   Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
                    11.5   Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tentang kes
                           yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
                    11.6   Merujuk kes kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.
                    11.7   Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.

             12.0   IKRAR PRS
                    Bahawasanya  saya  /  kami  dengan  ini  berikrar  menerima  dan mematuhi  serta
                    mengamalkan      teras-teras   perkhidmatan   semasa     berkhidmat    sebagai
                    Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sesi _______

                    Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah
                      yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan.
                    Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
                    Berusaha menjadi murid contoh.
                    Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
                    Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
                    Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.



             13.0   SENARAI TUGAS PRS
                    13.1   Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
                    13.2   Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan
                           bimbingan dan kaunseling di sekolah.
                    13.3   Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.



                                                           131
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134