Page 128 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 128
3.0 PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
3.1 Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama,
bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
3.2 Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika
PRS.
4.0 DEFINISI
Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang murid yang telah dilatih dalam bidang
kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang
berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.
PRS tidak bertugas memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia
menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan
mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.
5.0 RASIONAL
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah lama bertapak dalam sistem pelajaran kita.
Walaupun perkidmatan ini masih mempunyai ruang yang luas untuk diperbaiki, khidmat
“murid membantu murid” merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi
ruang tersebut. Oleh sebab murid adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih
memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan murid
yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
5.1 Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa belum mencukupi untuk
menampung keperluan khidmat yang makin bertambah.
5.2 Bertambah masalah salah laku dalam kalanganmurid. Murid memerlukan
bimbingan dan perhatian PRS sebagai khidmat sokongan.
5.3 Membantu khidmat Bimbingan dan Kaunseling dalam menyediakan saluran
untuk mencurahkan perasaan dan perkara lain yang tidak dinyatakan kepada
orang dewasa.
6.0 FALSAFAH
“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN”
PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran,
kreativiti dan keimanan.
7.0 VISI
Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya dari sapek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan
Sebaya.
8.0 MISI
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari sapek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.
130