Page 127 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 127

PENGURUSAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA
             1.0    PENGENALAN

                    Program  Pembimbing  Rakan  Sebaya  (PRS)  telah  diperkenalkan  di  sekolah  menengah
                    Malaysia  pada  tahun  1988  setelah  Institut  Aminuddin  Baki  menjalankan  kursus
                    kejurulatihan bagi kumpulan pertama. Sehingga tahun 1992, tiga kumpulan jurulatih telah
                    menghadiri kursus ini di Institut Aminuddin Baki.

             2.0    SEJARAH PERKEMBANGAN
                    2.1 Projek perintis di empat buah sekolah iaitu SMK (P) Sri Aman Petaling Jaya,  SMK
                        Aminuddin Baki,  Kuala Lumpur, SM Sains Selangor, Cheras Kuala Lumpur dan SMK
                        (L) Bukit Bintang Petaling Jaya. Projek ini telah dijalankan berperingkat-peringkat, dari
                        hujung bulan Februari 1986 hingga bulan November 1986.

                     2.2 Laporan perkembangan latihan tersebut ialah disampaikan kepada Pengarah Institut
                         Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN-IAB sekarang), Dr. Yaacob bin Haji Mat Nong,
                         dan  Pengarah  Bahagian  Sekolah-Sekolah,  Dato’  Haji  Jumaat  bin  Dato’Haji  Mohd.
                         Nor, yang telah menyokong dan meminta supaya program ini diteruskan di beberapa
                         buah sekolah lagi.

                    2.3 Rentetan  daripada  laporan  tersebut  satu  Seminar/Bengkel  PRS  diadakan  pada  19
                        hingga 13 Januari 1987 yang dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid
                        dan  Penyelia  Bimbingan  dan  Kaunseling  Jabatan  Pendidikan  Negeri  serta  semua
                        Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling.

                    2.4 IPPN  (IAB)  telah  menerima  peruntukkan  dari  pinjaman  Bank  Dunia  ke  8  untuk
                        menjalankan  kursus  pendek  selama  tiga  bulan  yang  releven  untuk  Kementerian
                        pelajaran.  Salah  satu  daripada  kursus  yang  dicadangkan  ialah  Kursus  Pengurusan
                        dan  Latihan  untuk  program  PRS  bagi  menyedia  dan  melatih  Guru  Bimbingan  dan
                        Kaunseling menjadi jurulatih peringkat negeri.

                    2.5 Pada  9  hingga  10  November  1987  satu  mesyuarat  menggubal  kurikulum  kursus
                        diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM
                        dan  USM,  Pengetua  sekolah,  Ketua  Penolong  Pengarah  Hal  Ehwal  Murid  dan
                        Penyelia Pegawai Bahagian Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan.

                    2.6 Pada 7 Disember1987 hingga 31 Mac 1988, seramai 34 orang peserta terdiri daripada
                        Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  (30  orang),  dan  Pensyarah  Maktab  Perguruan  (4
                        orang) telah mengikuti kursus tersebut. 33 orang peserta dianugerahkan sijil lulus dan
                        disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah
                        ibni  Al-Marhum  Sultan  Abu  Bakar  dalam  majlis  pembukaan  rasmi  sempena
                        pertukaran nama IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) pada 20 Oktober 1988.

                    2.7 Pada 21 hingga 22 Disember 1989 satu bengkel meneliti modul telah diadakan di IAB.

                    2.8 Pada  perasmian  Program  Kepimpinan  PRS  Kebangsaan  di  Hotel  KL  Plaza,  Kuala
                        Lumpur pada 8 Mei 2008 yang disempurnakan oleh Allahyarham Dato’Razali Ismail
                        Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Pengasas PRS, iaitu Pn. Zuraidah binti Abdul
                        Rahman telah diberi penghormatan memperkenalkan vest rasmi PRS, logo serta lagu
                        PRS.

                                                           129
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132