Page 66 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 66
PETIKAN
SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8 TAHUN 2012
Ruj : KP(BKEW)(PK)1587/6/A-4/Jld.2
Tarikh : 20 Disember 2012
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN BANTUAN
PERSEKOLAHAN KE SEKOLAH BERDASARKAN PER KAPITA DAN ENROLMEN MURID
JADUAL 1 : MAKSUD BELANJA BANTUAN GERAN PER KAPITA (PCG)
BIL JENIS PCG MAKSUD PERBELANJAAN
C. Bantuan Per
Kapita Bukan
Mata Pelajaran
2. Bimbingan dan i. Pembelian inventori dan barang habis guna bagi tujuan aktiviti
Kaunseling bimbingan dan kaunseling.
ii. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat
dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan aktiviti bimbingan
dan kaunseling.
iii. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh
memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari
persekolahan.
iv. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal
yang digunakan untuk tujuan aktiviti bimbingan dan
kaunseling.
v. Bayaran perkhidmatan penceramah luar mengikut kelayakan
dalam peraturan-peraturan kewangan yang sedang
berkuatkuasa.
vi. Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah
dibincangkan dan dipersetujui oleh Ketua Bidang atau Ketua
Panitia dan diluluskan oleh Pengurus Sekolah. Pembelian
hendaklah mematuhi peraturan dibawah;-
Sekolah Rendah : Tidak melebihi RM5,000 atau 30%
daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran
dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak termasuk
komponen LPBT/LPK Sekolah) mana yang lebih rendah.
Sekolah Menengah : RM10,000 atau 30% daripada
keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG
Bukan Mata Pelajaran(Tidak termasuk komponen LPBT/
LPK Sekolah).
Sekolah Kurang Murid (Rendah / Menengah) : Tidak
melebihi 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG
Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran.
Perolehan/penggantian alat pendingin udara tidak
dibenarkan. Peruntukan bagi tujuan ini hendaklah
dipohon daripada Ketua PTJ masing-masing.
vii. Bagi perolehan ICT, sekolah hendaklah mematuhi tatacara
Perolehan ICT yang berkuatkuasa.
viii. Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang ditetapkan
perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua
Pusat Tanggungjawab.
68