Page 62 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 62
4. SISTEM FAIL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Sistem pengurusan fail perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling terbahagi kepada empat jenis:
Bil Jenis Fail / Folder Bilangan Fail / Tempat simpan
Folder
1 Fail Pengurusan Mengikut keperluan Pejabat sekolah
sekolah
2 Folder Pengurusan 5 Bilik Kaunseling
Pengurusan Am
Surat Pekeliling Ikhtisas
Pendidikan, Kerjaya dan Latihan
Program Pembangunan Murid
Program Pembangunan Staf dan Mesyuarat
3 Folder Bidang Mengikut keperluan Bilik Kaunseling
Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah sekolah
Diri Murid
Peningkatan Disiplin Diri Murid
Pendidikan Kerjaya Diri Murid
Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid
Kajian Tindakan
Program Khas
Pentaksiran Psikometrik
4 Folder Rekod Sesi Bimbingan / Kaunseling Mengikut keperluan Bilik Kaunseling
sekolah
4.1 FAIL PENGURUSAN
Fail pengurusan ini digunakan untuk urusan surat menyurat sama ada surat yang dihantar
atau pun yang diterima. Sistem rujukan yang digunakan bagi fail berkenaan mesti
menggunakan sistem yang ditentukan oleh Arkib Negara dan hendaklah merujuk kepada
Daftar Fail Sekolah. Fail pengurusan hendaklah disimpan di pejabat sekolah dan salinan surat
tersebut disimpan dalam folder pengurusan untuk memudahkan Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa membuat rujukan segera.
4.2 FOLDER PENGURUSAN
Kandungan Folder Pengurusan adalah seperti berikut :
4.2.1 Pengurusan Am
Salinan surat rasmi yang diberikan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling yang
bukan berkaitan dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hendaklah
disimpan dalam folder ini.
4.2.2 Surat Pekeliling Ikhtisas
Salinan surat pekeliling ikhtisas atau surat siaran yang berkaitan dengan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sama ada yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah.
64