Page 60 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 60
3. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROGRAM DAN AKTIVITI BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
3.1 OBJEKTIF
Prosedur ini bertujuan memastikan pengurusan program dilaksanakan secara
terancang dan berkesan bagi mengukur pencapaian objektif seperti berikut:
- Objektif bagi setiap pelaksanaan program tercapai;
- Menyediakan laporan dalam tempoh 30 hari setelah program selesai.
3.2 DEFINISI
3.2.1 Program
Semua program atau aktiviti utama yang terkandung dalam Perancangan
Strategik dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) organisasi.
3.2.2 Output
Hasil atau keluaran mengikut setiap sasaran yang telah ditetapkan
3.2.3 Outcome
Hasil pelaksanaan program dalam bentuk impak/ kesan kepada kumpulan
sasaran.
3.2.4 Tindakan Susulan
Tindakan yang perlu diambil selepas diputuskan di dalam mesyuarat.
3.2.5 Kajian Semula
Semakan semula untuk mengambilkira keperluan semasa/ keutamaan
yang ditetapkan.
3.2.6 Kajian Impak
Perbandingan pencapaian objektif/ sasaran sebelum dan selepas program
yang dilaksanakan.
3.2 TINDAKAN
A. PERANCANGAN
1. Menyediakan kertas kerja/ pelan tindakan yang mempunyai keperluan minimum
seperti berikut :
a) Tajuk,
b) Tarikh, Masa, Tempat
c) Kumpulan Sasaran
d) Objektif
e) KPI (Indikator Output dan Outcome)
f) Anggaran Perbelanjaan
g) Jawatankuasa Program
h) Strategi Pelaksanaan / Jadual / Pengisian Program
62