Page 58 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 58
PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Sistem pengurusan dan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini terbahagi kepada tiga
bahagian penting iaitu :
1. Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
2. Pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling individu dan kelompok
3. Pengurusan dan pentadbiran program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling
4. Sistem fail perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
1. PENGURUSAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa perlu memiliki Buku Rekod
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang tersendiri. Semua aktiviti yang dikendalikan oleh
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa sama ada bimbingan atau kaunseling individu
atau kelompok hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling. Begitu juga dengan aktiviti lain seperti menghadiri mesyuarat, membuat tinjauan dan
penyelidikan, pengurusan bilik dan fail, memberi ceramah atau taklimat, perbincangan
profesional dan sebagainya hendaklah juga direkodkan dalam buku tersebut. Pengurusan Buku
Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah wajib dan perlu sentiasa dikemaskini.
Pengrekodan semua aktiviti tersebut adalah sangat penting kerana ia :
a. Menjadi bahan dokumentasi kerja dan aktiviti yang dilakukan oleh seseorang Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.
b. Memudahkan kerja-kerja Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh masa untuk merujuk
semula semua aktiviti yang telah dilaksanakan terutama bagi perkhidmatan Sesi Bimbingan
dan Kaunseling.
c. Memudahkan pihak Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan
Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Bahagian serta pihak Pengurusan Sekolah menjalankan
penyemakan dan penyeliaan terhadap tugas-tugas yang telah dilaksanakan oleh Guru
Bimbingan dan Kaunseling.
d. Memudahkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang akan bertukar
menyerahkan tugas kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang baru.
e. Memudahkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa merumuskan aktiviti yang
telah dilaksanakan mengikut mingguan, bulanan dan tahunan.
2. PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING INDIVIDU DAN
KELOMPOK
Semua sesi bimbingan atau kaunseling individu atau kelompok yang dilaksanakan hendaklah
didokumentasikan sebagai rekod perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.
Semua sesi kaunseling perlu direkodkan dalam Borang Rekod Sesi Kaunseling Individu atau
Kelompok. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa boleh menentukan nombor rujukan
klien dan sistem penyimpanan rekod kaunseling mengikut kesesuaian masing-masing. Untuk
memudahkan proses pelaksanaan perkhidmatan tersebut, berikut dicadangkan carta aliran bagi
proses perkhidmatan tersebut.
60