Page 431 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMK CHANIS 2018
P. 431

PENGURUSAN KELAS
                                                Senarai Tugas / Tanggungjawab

                       1.  Menubuhkan organisasi pengurusan kelas
                       2.  Mengurus Buku Jadual Kedatangan Murid
                       3.  Mengurus Yuran
                       4.  Mengurus pengagihan dan pemulangan buku teks
                       5.  Pendaftaran murid baru
                       6.  Murid keluar

                   Organisasi kelas
                   1.  Membentuk  dan  membimbing  organisasi  kelas  menjalankan  fungsi  dan  peranannya  dalam
                       memimpin dan membawa hala tuju kelas ke arah kecemerlangan.
                   2.  Melantik jawatankuasa yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Bendahari
                       dan Ahli Jawatankuasa (AJK). Tugas-tugas dalam AJK hendaklah diagihkan kepada semua
                       ahli organisasi.
                   3.  Menyediakan kelas yang memiliki ciri-ciri persekitaran pembelajaran abad ke-21 (PAK21).
                   4.  Memastikan perkara-perkara berikut wajib ada di dalam kelas:
                       3.1   Papan tulis dan peralatan tulis
                       3.2   Jadual waktu
                       3.3   Jadual tugas
                       3.4   Misi, Visi
                       3.5   Motto Kelas
                       3.6   Pelan Laluan Kecemasan
                       3.7   Pelan kedudukan murid
                       3.8   Papan maklumat yang mempunyai info berkaitan mata pelajaran
                       3.9   Alatan pembersihan
                       3.10  Senarai inventori perabot kelas
                   5.  Memastikan sumber elektrik, kipas dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
                       Laporkan segala kerosakan kepada pihak pentadbir

                   Buku Jadual Kedatangan
                   1.  Buku Jadual Kedatangan (BJK) adalah dokumen rasmi yang sangat penting dan diaudit. Hanya
                       Guru Kelas dan mereka yang diberi tanggungjawab sahaja yang boleh menggunakan Buku
                       Jadual Kedatangan Murid ini. Guru Kelas dilarang sama sekali meminta atau mengarahkan
                       murid menanda kedatangan dalam BJK ini.
                   2.  Tuliskan butiran yang diperlukan pada kulit hadapan BJK. Jika berlaku pertukaran Guru Kelas,
                       nama Guru Kelas yang baru hendaklah ditulis dan dicatatkan sekali tarikh pertukaran berlaku
                       di  sebelah  nama  guru  yang  baru  tersebut.  Lengkapkan  segala  maklumat  yang  diperlukan
                       dalam BJK.
                   3.  Semua maklumat hendaklah ditulis tangan dengan terang dan kemas. Gunakan pen atau pena
                       mata  bulat  yang berdakwat  hitam sahaja.  Kesilapan  menulis  hendaklah  diminimumkan.
                       Sekiranya  berlaku  juga  kesilapan,  potong  sahaja  yang  silap  dan  ditandatangani  ringkas.
                       Jangan  padam  yang  silap. Penggunaan pemadam cecair adalah dilarang  sama sekali dan
                       menyalahi peraturan. Guru Kelas juga tidak boleh menampal dengan kertas lain pada mana-
                       mana bahagian pada BJK yang tersilap tulis.
                   4.  Semua maklumat termasuk ejaan mestilah tepat dan sama seperti pada dokumen rasmi murid
                       seperti sijil kelahiran, kad pengenalan dan sebagainya.
                   5.  Kedatangan murid mesti ditanda oleh guru masa pertama atau Guru Kelas. Jika guru masa
                       pertama  tidak  hadir,  tugas  menanda  diambil  alih  oleh  guru  ganti  (relief)  atau  Penyelaras
                       Tingkatan.




                                                              5
   426   427   428   429   430   431   432   433   434   435   436