Page 432 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMK CHANIS 2018
P. 432

6.  Kedatangan murid mesti ditanda pada setiap hari jam 7:30 pagi. Sekiranya ada perubahan
                   jumlah murid hadir selepas waktu itu, tandakan L dalam O untuk murid yang baru hadir. Setelah
                   selesai menanda kedatangan, BJK hendaklah disimpan di pejabat.
               7.  BJK tidak boleh dibawa keluar dari pejabat sekolah. Sekiranya Guru Kelas atau mereka yang
                   bertanggungjawab menggunakan BJK perlu membawanya keluar, sila catatkan di dalam Buku
                   Pergerakan Dokumen yang ada di pejabat dan pulangkan semula dengan kadar segera.
               8.  Pengiraan purata dan peratus hendaklah dibuat dengan betul. Jumlah purata mestilah ditulis
                   angka genap yang paling hampir yang tiada nilai perpuluhan. Jumlah peratus ditulis nilai yang
                   paling hampir kepada dua tempat perpuluhan.
               9.  Panduan Jadual Kedatangan Murid ada dinyatakan pada sebelah dalam kulit BJK.

               Data Murid Ponteng
               1.  Guru Kelas bertanggungjawab terhadap peratus kedatangan muridnya kekal pada 96% dan ke
                   atas.  Guru  Kelas  hendaklah  menghubungi  ibu  bapa  /  penjaga  murid  yang  tidak  hadir  bagi
                   mendapatkan maklumat. Istilah ‘Ponteng’ dikira jika murid ‘Tidak Hadir Tanpa Maklumat’ atau
                   ‘Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa / Penjaga’. Maklumkan kes ini kepada JK Disiplin untuk tindakan
                   selanjutnya.
               2.  Sekiranya  murid  tidak  hadir  atas  alasan  malas  atau  enggan  hadir  tanpa  sebab  dan  dalam
                   pengetahuan ibu bapa / penjaga, rekodkan nama murid terbabit untuk dirujuk kepada khidmat
                   bimbingan dan kaunseling.
               3.  Murid ponteng akan diberikan Surat Amaran kepada ibu bapa / penjaga yang akan disabitkan
                   sebagai melanggar peraturan disiplin sekolah. Data kedatangan daripada BJK perlu tepat, sah
                   dan tekal kerana ianya merupakan dokumen sokongan / bukti yang sah bagi pihak sekolah.
               4.  Peraturan  dalam  mengeluarkan  Surat  Amaran  ini  ada  dinyatakan  pada  Panduan  Jadual
                   Kedatangan Murid dalam BJK.


                                          PENGURUSAN DATA APDM

                                  DATA MODUL PENGURUSAN MURID DALAM APDM


                                     PROSES KERJA                                  JAWATAN
                 1.  Memberi arahan melaksanakan tugas pengurusan data             Pengetua
                    murid.
                 2.  Menyemak untk memastikan semua perkara asas yang
                    perlu untuk pengurusan data murid disediakan
                    2.1 Set komputer
                    2.2 Talian Internet
                    2.3 Bilik atau ruang khas.
                 3.  Melantik Guru Data

                 4.  Mengedar Borang Maklumat Murid kepada Guru Kelas              GPK HEM
                 5.  Menetapkan tempoh tarikh akhir pemulangan semula
                    borang yang telah dilengkapkan
                 6.  Mengedar Borang Maklumat Murid kepada semua murid            Guru Kelas
                 7.  Mengumpul semula borang yang telah dilengkapkan
                    daripada murid mengikut tempoh yang telah ditetapkan
                 8.  Menyerahkan semua borang yang dikumpul kepada Guru Data
                 9.  Menyemak Borang Maklumat Murid dengan teliti            Guru Data
                 10.  Menyerahkan borang kepada GPK HEM untuk tandatangan      SU HEM
                    mengesahkannya
                 11.  Memindahkan data daripada Borang Maklumat Murid ke        Guru Kelas

                                                          6
   427   428   429   430   431   432   433   434   435   436   437