Page 10 - Amali 3 bio- muhammad zaim hakim bin lokman
P. 10
Hasil analisis mendapati bahawa nilai pH bagi air longkang adalah 5 mankala bagi air
sungai adalah 6. Ini menunjukkan secara keseluruhan purata Indeks (pH) air Sungai menghampiri
7. Oleh itu dapat dikatakan bahawa air sungai tersebut masih lagi dalam keadaan selamat dan
tidak terlalu berbahaya kepada hidupan jika dibandingkan dengan air longkang. Kualiti air sungai
dan longkang perlu dikekalkan berada pada tahap kurang berasid kerana ianya berbahaya
kepada manusia. Kehadirannya yang belebihan dalam badan manusia boleh dikaitkan dengan
penyakit gout, kencing manis, penyakit jantung, dan darah tinggi; ataupun jika terlalu beralkali
boleh menyebabkan penyakit seperti insiden pembentukan batu hempedu, batu ginjal, dan
kehadiran alkali yang tinggi dalam darah juga memperberatkan kerja ginjal.
Seterusnya, bagi mengesan kehadiran mikroorganisma dalam sampel air. Ujian terhadap
bakteria koliform dilaksanakan. Kehadiran bakteria koliform biasanya tidak menyebabkan
penyakit. Namun, kehadiran mereka di dalam sampel air menunjukkan bahawa organisma
penyebab penyakit (patogen) boleh berada dalam sistem air. Kebanyakan patogen yang boleh
mencemarkan bekalan air berasal dari najis manusia atau haiwan. Menguji minuman air untuk
semua patogen mungkin adalah rumit, memakan masa, dan mahal. Ia lebih mudah dan murah
untuk menguji bakteria koliform. Sekiranya dalam ujian, bakteria koliform banyak ditemui maka
semakin banyak patogen bahaya berada dalam air tersebut. Berdasarkan teori, air longkang
mempunyai lebih banyak mikroorganisma berbanding air sungai.
Kesimpulan:
Sampel air longkang menunjukkan bahawa air longkang lebih tercemar berbanding air
sungai yang ditunjukkan berdasarkan hasil sampel air sungai. Hal ini kerana pH air longkang
adalah 5 berbanding air sungai 6. Nilai BOD air longkang lebih tinggi berbanding air sungai iaitu
6 berbanding 3 bagi sungai. Mikroorganisma yang terdapat dalam sampel air longkang lebih
banyak berbanding air sungai. (Hipotesis diterima). Hal ini kerana air longkang telah dicemari
lebih banyak dengan aktiviti-aktiviti manusia yang membuang sisa sampah ke dalam longkang
dan membuang sisa buangan melalui longkang. Ia juga dipengaruhi oleh aktiviti manusia di
sekitar kawasan tersebut melalui aktiviti pertanian dan penternakan walaupun dalam skala
kawasan yang kecil sahaja. Walaupun air longkang lebih tercemar namun ia tidak menafikan
bahawa sungai juga turut tercemar.
8