Page 5 - Amali 3 bio- muhammad zaim hakim bin lokman
P. 5
berespirasi. BOD dan adalah parameter yang paling biasa dikesan bagi menentukan kualiti air
terutamanya untuk pemantauan dan kawalan pencemar (US EPA, 1983)
Seterusnya, kualiti air ditentukan dengan menganalisis sifat fizikal seperti perubahan
bau, rasa, warna, kekeruhan, dan suhu; dan sifat kimia seperti nilai pH air. Salah satu
yang ingin dinilai dalam amali ini adalah melelui nilai pH air.
Parameter kimia yang digunakan untuk mengukur kualiti air adalah nilai pH. Nilai pH digunakan
untuk menentukan kadar asid/bes dalam air. Kebanyakkan organisma akuatik hanya dapat
bertahan dalam lingkungan pH 6 hingga 8. Kepekatan ion hidrogen dalam air bersih yang neutral
adalah 10 -7 g/l. Julat pH adalah antara skala 0 hingga 14. Klasifikasi nilai pH adalah seperti yang
berikut :
pH = 7 menunjukkan keadaan neutral
0 < pH < 7 menunjukkan keadaan berasid
Air minuman yang terbaik adalah bersifat neutral dan tidak bersifat asid atau bes untuk
mencegah pelarutan bahan berbahaya seperti logam berat dan sebagainya. Nilai pH piawai
untuk air minuman adalah pada julat 6.5 hingga 8.5 sahaja. Pengukuran pH penting untuk
mengetahui keadaan larutan dan kecenderungan tindak balas kimia yang terjadi antara air
dan bahan terlarut pencemar.
Di samping itu, Pencemar mikrob yang paling biasa wujud dalam air larian permukaan di
kawasan bandar adalah bakteria koliform. Total Coliform dan Fecal Coliform sangat mudah
dijumpai kerana kemudahan untuk bakteria ini bergerak ke dalam air larian permukaan adalah
melalui sumber antropogenik atau limpahan pembentungan. Penyebaran penyakit disebabkan
3