Page 128 - Majalah 2017
P. 128
NUKILAN: ANIS MAISARAH
5 UPM
Fikiran Ahmad menerawang jauh. Akalnya kini hanya berlegar-legar pada gambaran sebuah basikal
baharu. Dia berangan-angan mahu menunggang basikal baharu yang dapat memudahkan dia dan kakaknya
untuk ke sekolah.
Siti melangkah masuk ke dalam bilik kecil empat persegi itu untuk menjenguk adiknya. Ahmad masih
termenung jauh. Dia tidak menyedari kehadiran kakaknya yang sudah lama terpacak di depan biliknya.
―Apa yang sedang adik kesayangan kakak fikirkan ni?‖ soal Siti. Ahmad tersentak dari lamunan. Dia
masih mendiamkan diri sementera kedua-dua ulas bibirnya menguntum senyuman tawar.
―Ahmad, umi sudah lama tunggu di bawah mahu makan malam bersama. Cepatlah. Perut kakak pun
sudah lapar ni,‖ terang Siti.
―Ya, baiklah kak,‖ jawab Ahmad sambil acuh tak acuh. Kedua-dua beradik itu pun melangkah keluar dari
bilik lalu menuruni tangga ke bahagian dapur dan terus menuju ke meja makan. Makanan yang terhidang di atas
meja hanyalah dua ekor ikan goreng dan sepiring sayur ulam raja.
―Malam ni umi hanya mampu sediakan lauk ini sahaja. Jualan untuk hari ini tak berapa laris,‖ ujar umi.
―Tak mengapa umi. Ini pun sudah memadai,‖ balas Siti reda. Ahmad hanya mengangguk tanda setuju
akan kata-kata kakaknya itu. Ahmad mula membaca doa makan. Tiga beranak itu pun mula menikmati makan
malam yang terhidang dengan rasa syukur. Seusai makan malam, Siti dan Ahmad pun masuk ke bilik masing-
masing untuk menyiapkan tugasan yang diberikan guru mereka. Mak Midah pula mula menyediakan bahan nasi
lemak dan beberapa jenis kuih untuk julan keesokan harinya. Seperti kebiasaannya, Mak Midah akan ber-
sengkang mata demi mencari rezeki untuk anak-anaknya supaya dapat meneruskan persekolahan. Itulah kerja
rutinnya sejak suaminya meninggal dunia.
Seawal 6.10 pagi, Siti dan Ahmad bersalaman dengan uminya lalu melangkah keluar dari rumah menuju
terus ke basikal. Siti akan menunggang basikal tua peninggalan arwah ayahnya, sementara Ahmad
diboncengnya. Mereka terpaksa mengharungi jalan yang berlubang-lubang dan merentasi jambatan yang ham-
per rebah. Mereka tiada pilihan kerana hanya itu satu-satunya jalan menghubungkan kawasan kampong ke
sekolah. Ahmad dan Siti akan menuntun basikalnya itu setiba di jambatan dan akan menunggang semula apabi-
la selesai melewatinya. Siti terus mengayuh basikal sambil mendengar nyanyian Ahmad yang merdu.
Tiba-tiba rantai basikalnya terputus. Fajar pula semakin menyingsing tinggi. Ahmad dan Siti saling ber-
pandangan. Satu keluhan berat terlontar dari rekahan bibir Ahmad.
―Putus lagi!‖
―Bersyukurlah Ahmad. Kalau taka da basikal ni, kita mesti kena jalan kaki. Tentu tiba lewat ke sekolah.
Sanggupkah kamu?‖ balas Siti sambil memerhatikan Ahmad membaiki rantai basikal yang putus dengan
menggunakan dawai besi yang ditemui di tepi jalan.
―Mujur adik jumpa dawai besi ni. Dapatlah kita tiba ke sekolah sebelum pagar ditutup,‖ ujar Ahmad sambil
tersenyum lebar. Siti mula mengayuh basikal sambil membonceng adiknya, meneruskan perjalanan untuk
menuntut ilmu.
Hari berikutnya, Siti dan Ahmad bangun lewat daripada kebiasaan. Mereka terlupa mengunci jam loceng.
Mereka tersedar dari lena sejurus selepas mendengar kokokan ayam jantan Pak Mail. Walaupun sudaah lewat ke
sekolah, namun mereka masih menunaikan solat Subuh. Mereka bergerak keluar dari rumah tatkala jam menun-
jukkan tepat pukul 6.40 pagi. Meskipun masih awal, mereka khuatir sekiranya basikal tua itu meragam lagi.
Jangkaan mereka sememangnya benar. Basikal tua itu sekali lagi memberi masalah. Kali ini tayar di bahagian
belakang pula yang bocor.
―Asyik rosak aja. Baik kita jual basikal tua ni di kedai besi buruk,‖ sekali lagi Ahmad melepaskan rungutan
atas dugaan yang menimpa.
―Adik tak baik merungut. Adik lupa ke pesan ayah? Ayah selalu pesan supaya kita mesti bersabar dan
tabah menghadapi segala ujian dan dugaan. Sesungguhnya nikmat bersabar itu besar. Biar pun keruh air di hulu,
pastikan jernih di muara,‖ bidas Siti memotong keluhan adiknya agar tidk berlarutan. Mata Ahmad mula berkaca
setiap kali Siti mengingatkannya kepada arwah ayah. Air matanya mula berjurai ke pipi setitis demi setitis dari tubir
matanya. Pasti kotak memorinya sedang mengimbas kembali kenangan manis bersama arwah ayahnya itu.
Tiba-tiba suara yang tidak diundang menghampiri gegendang telinga. Suara kebencian berbentuk sindi-
ran pahit yang mulai panas pada pendengaran Ahmad dan Siti.
―Hoi, awak berdua! Basikal tua rosak lagi? Padan muka. Buang sajalah basikal tu ke sungai. Beli yang baru.
Eh! Tapi aku tahu awak berdua mana mampu kan? Ish…kesian…‖ sindir Udin pedas. Merah padam muka Ahmad
bila diherdik begitu. Api kemarahannya dengan tidak semena-mena meledak tanpa dikawal.
―Udin, kalau kau dating sini hanya semata-mata nak mengejek kami berdua, lebih baik kau beredar sebe-
lum aku naik angina,‖ balas Ahmad sambil tangannya mula membentuk segenggam penumbuk. Wajah Ahmad
yang mulai tegang dan seperti bakal meletus amarahnya pada bila-bila masa menyebabkan Siti terpaksa ber-
suara.
―Udin, dengan penuh rasa hormat aku pada kau, aku minta lebih baik kau beredar saja dari sini. Aku tak
mhu kau dan Ahmad bertumbuk sebab hal kecil saja.‖
Demi tidak mahu memanjangkan cerita, udin akur dan berlalu pergi sambil tersenyum sinis. Ahmad dan Siti
tiba lewat ke sekolah lebih kurang lima init selepas pagar sekolah ditutup. Nama mereka dicatat oleh pengawas
sekolah.
..::[ 128 ]::..