Page 129 - Majalah 2017
P. 129
Jam sekolah telah pun berdering menandakan waktu untuk pulang. Ahmad dan Siti hanya menuntun basikal mere-
ka. Mereka bercadang untuk pergi membaiki tayar basikal mereka di kedai Uncle Ah Seng. Setibanya di sana, Uncle Ah Seng
menampal sesuatu pada tayar basikal mereka. Mereka berdua berkongsi duit sebanyak RM2 untuk dibayar kepada Uncle Ah
Seng. Sementara Siti pergi membayar duit tersebut, Ahmad berlegarlegar di dalam kedai sambil mencuci mata melihat pel-
bagai basikal dan aksesori yang dijual di kedai Uncle Ah Seng. Ahmad terpandang sebuah basikal baharu yang harganya
RM300. Ahmad memberitahu Siti tentang hasratnya ingin memiliki basikal itu.
―Kak, apa kata kita beli basikal ini. Jadi, kita tak akan lewat lagi ke sekolah. Cantik pula tu,‖ cadang Ahmad. Siti
tersenyum dan berkata,‖ kita kumpul duit dulu. Nanti dah cukup baru kita beli ya.‖ Ahmad mengangguk beberapa kali. Terukir
senyuman lebar di bibirnya.
Sejak hari itu, Ahmad dan Siti mula menyimpan wang saku pemberian uminya setiap hari yang sepatutnya digunakan
untuk membeli makanan semasa rehat. Mereka memilih untuk mengikat perut demi membeli basikal baharu. Naamun hasrat
mereka tidak sedikit pun disuarakaan kepada Mak Midah. Mereka khuatir Mak Midah akan susah hati lalu jatuh sakit ekoran
bekerja keras mengerah tenaga untuk menunaikan permintaan mereka. Dari sudut lain, mereka juga tidak ingin diperle-
kehkan oleh Udin.
Sudah hampir dua bulan mereka mengumpul duit. Jumlah duit sekolah yang dicampurkan dengan duit simpanan
dalam tabung masih tidak mencukupi. ―Baru ada RM220.50. Mana nak cari duit yang selebihnya?‖ rungut Ahmad. Terserlah
kehampaan di riak wajah Ahmad.
―Kalau ada rezeki kita belilah. Kalau belum ada rezeki, kita pakai saja basikal tua tu dulu,‖ balas Siti cuba memberi
semangat kepada adiknya. Namun Ahmad hanya mengangguk beberapa kali tanpa berkata sepatah pun.
Matahari sudah hampir segalah di ufuk timur. Ahmad dan Siti mengambil keputusan untuk mengisi hari Sabtu
dengan pergi melihat basikal yang ingin mereka beli.
―Kakak, jom teman Ahmad pergi tengok basikal di kedai Uncle Ah Seng,‖ ajak Ahmad.
―Duit untuk beli basikal kan masih belum cukup,‖ jelas Siti. Ahmad bertegas untuk pergi juga. ―Ahmad nak tengok
saja sama ada basikal itu masih ada atau sudah dibeli orang lain. Bukan nak beli lagi pun.‖
Memandangkan kedua-duanya mempunyai masa lapang, Siti mengambil keputusan untuk menemani adiknya.
Tanpa pengetahuan Siti, Ahmad telah membawa sekali wang untuk membeli basikal itu bersamanya. Sepanjang perjalanan
ke kedai Uncle Ah Seng, Siti membonceng Ahmad. Setelah beberapa minit menunggang basikal, Siti mengebrek basikalnya
secara tiba-tiba. Ahmad terkejut. ―Kenapa ni kak? Basikal ni rosak lagi ke? Tayarnya bocor lagi ke?‖ bertalu-talu soalan keluar
dari mulut Ahmad.
―Basikal tak rosak pun. Tapi cuba adik tengok depan basikal kita ni. Ada orang tercicir dompet. Cuba adik pergi
tengok siapa punya. Mungkin ada kad pengenalan pemilik dompet itu,‖arah Siti kepada adiknya. Ahmad bingkas turun dari
basikal dan berjalan menghampiri dompet tersebut. Ahmad membuka dompet tersebut dan terpandang wang sejumlah
RM500 serta gambar pemilik dompet tersebut.
―Kakak, Ahmad tahu ni dompet siapa. Ini dompet kepunyaan Goh Ai Ling. Dia ni kan anak kepada Uncle Ah Seng,‖
terang Ahmad dengan penuh yakin.
―Kak, dalam dompet ini ada wang RM500. Apa kata kita ambil sedikit dari wang ini dan campurkan dengan duit
yang kita ada untuk beli basikal baru itu. Barulah duit kita cukup. Lagipun tak ada siapa pun tahu kecuali kita berdua,‖ tam-
bah Ahmad lagi. Melihat adiknya mula goyah dengan ujian kemewahan milik orang lain, Siti memainkan peranannya untuk
menasihati Ahmad.
―Ahmad, kakak tak pernah ajar adik kakak jadi macam ni. Umi selalu berpesan macam mana susah pun kita, kita
tak boleh ambil hak orang lain. Walaupun kita menjumpai sesuatu barang itu terlebih dahulu, ini tetap bukan hak milik kita.
Lebih baik kita pulangkan saja dompet ini kepada Ai Ling,‖ tegas Siti. Kata-kata yang terlontar daripada mulut Siti telah me-
nyedarkan Ahmad.―Baiklah kak. Ahmad minta maaf,‖ ujar Ahmad malu dengan sikapnya itu.
Mereka berdua pun meneruskan perjalanan ke kedai Uncle Ah Seng. Setibanya di sana, Siti terus memulangkan
dompet Ai Ling kepada Uncle Ah Seng, manakala Ahmad terus pergi melihat basikal yang diidamkanya itu. Siti menerangkan
bahawa dia dan Ahmad menemukan dompet tersebut semasa dalam perjalanan ke kedai Uncle Ah Seng. Uncle Ah Seng
mengucapkan terima kasih kepada Siti dan Ahmad sekali gus bertanyakan Siti dan Ahmad mengenai tujuan mereka berdua
ke kedainya.
―Saya dan kakak ke sini sebenarnya nak beli basikal ni,‖ kata Ahmad sambil tangannya menunding ke arah basikal
idamannya.
―Tapi, duit kami masih belum cukup lagi. Jadi kami bercadang nak tengok saja dulu,‖ jawab Ahmad sambil tan-
gannya terus membelek-belek basikal yang berada di sebelahnya.
―Uncle ada sedikit ganjaran untuk kamu berdua kerana kamu berdua bersifat jujur dan baik hati. Uncle terharu
dengan kebaikan yang kamu berdua lakukan. Biar Uncle buat sesuatu untuk kamu berdua,‖ kata Uncle Ah Seng sambil
menuntun basikal tua kepunyaan Siti dan Ahmad ke dalam kedainya. Ahmad dan Siti masih tertanya-tanya apa yang cuba
dilakukan oleh Uncle Ah Seng.
Setelah dua jam setengah berlalu, pekerja Uncle Ah Seng keluar dari satu bilik sambil membawa sebuah basikal.
Basikal yang dibawanya ialah basikal tua kepunyaan Ahmad dan Siti yang telah diubah suai. Mereka bagaikan hilang kata-
kata kerana terlalu gembira. Merek tidak menyangka bahawa basikal tua itu telah berubah wajah seperti basikal baharu.
Mereka sangat berterima kasih kepada Uncle Ah Seng. ―Lepas ni, kita tidak akan lewat ke sekolah,‖ bisik Ahmad kepada Siti.
Siti pula hanya mengangguk dan tersenyum menampakkan raut wajah kegembiraan kerana masih boleh menggunakan
basikal kesayangan arwah ayahnya yang kini berwajah baharu.
Siti membonceng Ahmad pulang ke rumah dalam keadaan senang hati. Mereka ternampak Udin dalam perjalanan
pulang. Basikal Udin rosak. Siti dan Ahmad datang menghampiri Udin untuk menghuurkan bantuan.
―Engkau nak aku tolong?‖ soal Ahmad. Udin mengangguk. Dia tidak menyangka bahawa Ahmad sanggup meno-
longnya saat dia dalam kesusahan walaupun dia selalu memperlekehkan Ahmad. Akhirnya, basikal Udin berjaya dibaikinya.
―Nasib baik rantai basikal saja yang jatuh. Kalau bahagian lain yang rosak, aku pun tak tahu nak buat apa,‖ ujar Ahmad. Udin
berterima kasih dan meminta maaf atas kesilapannya yang lalu. Air mata kekesalan mula berlinang di tubir matanya. ―Aku
maafkan engkau,‖ jawab Ahmad. ―Aku pun maafkan engkau,‖ tambah Siti.
Sejak peristiwa itu, hubungan Ahmad dan Siti bertambah rapat denan Udin.Ke mana-mana dua beradik ini pergi,
pasti ada Udin dan basikal tua bersama-sama mereka.
..::[ 129 ]::..