Page 5 - Majalah 2017
P. 5

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia.
          Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada jawatankuasa majalah dan sidang redaksi, panel
          guru penasihat dan semua pihak yang memberikan kerjasama  untuk  menerbitkan wadah pe-
          rakam  yang sungguh bermanfaat kepada warga  sekolah.

          Sebagai wadah perakam cerita, nostalgia, bakat dan kecemerlangan sekolah, majalah sekolah
          akan terus lestari sepanjang zaman andai generasi pelajar hari ini terus berusaha memikul
          kesinambungan sejarah yang sangat berharga ini.  Bagi warga sekolah, butiran dan gambar
          yang dimuatkan bakal menjadi kenangan indah zaman persekolahan, bahkan menjadi suatu
          rujukan tentang kemajuan sekolah yang autentik dan rasmi.

          Kendatipun media sosial maya mengakibatkan naskah bercetak terpinggir, namun majalah
          sekolah akan terus relevan sebagai dokumentasi rasmi. Oleh itu, SMK Sri Perhentian akan terus
          menjelmakan segala dasar dan pendekatan bagi menambah baik dan melestarikan sistem
          pendidikan kebangsaan menerusi semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan warga
          sekolah.

          Bagi mengakhiri coretan ringkas ini, saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga SMK
          Sri Perhentian dan PIBG atas kepercayaan dan sokongan kepada pihak sekolah. Harapan saya
          kepada warga sekolah dan pembaca agar terus memberikan komitmen terbaik demi menjana
          kecemerlangan sekolah ini.  Selamat maju jaya!

                 Teluk Ramunia sanggar berpuisi,
                        Sambil berkelah menjamu peganan,

                 Syabas tahniah Sidang Redaksi,
                        Jayakan majalah hebatnya peranan.






               (ABD RAHMAN BIN SALLEH)
               Pengetua
               SMK Sri Perhentian.


                                                 ..::[ 5 ]::..
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10