Page 6 - Majalah 2017
P. 6

Assalamualaikum. Syukur ke hadrat ilahi kerana limpah dan kurnianya,telah memberikan saya peluang
         memberi sepatah dua kata dalam majalah ini. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepa-
         da semua ahli sidang redaksi yang telah bertungkus lumus menghasilkan majalah sekolah pada tahun
         ini. Tidak lupa juga kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian yang telah terlibat
         secara langsung atau tidak langsung.

         Setinggi-tinggi penghargaan saya berikan kepada pihak pentadbir dan guru-guru SMK Sri Perhentian
         kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menggalas jawatan sebagai Ketua
         Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian bagi sesi 2017. Segala kerjasama yang
         diberikan oleh semua pihak termasuk para pelajar SMK Sri Perhentian kepada Lembaga Pengawas
         amat saya hargai. Elemen kerjasama tersebut amat penting bagi mencapai objektif Lembaga
         Pengawas sekali gus memastikan visi dan misi sekolah dapat direalisasikan.

         Tanggungjawab Lembaga Pengawas dalam memastikan disiplin pelajar dalam tahap terbaik
         sememangnya agak kompleks, namun komitmen yang diberikan oleh para guru Lembaga Pengawas
         dan pengawas sekolah memastikan kami terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab terse-
         but. Segala kritikan yang membina  dan maklum balas daripada semua pihak terhadap Lembaga
         Pengawas amat kami hargai demi meningkatkan kredibiliti Lembaga Pengawas SMK Sri Perhentian.
         Semoga segala usaha dan ilmu kepimpinan yang telah saya terapkan daripada pengalaman bersa-
         ma Johor Student Leaders Council (JSLC) dan District Student Leaders Board (DSLB) dapat menjadi
         panduan kepada para pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian.

         Dalam menimba ilmu, kita perlu mengamalkan prinsip ―Ask and it will be given to you; seek and you will
         find; knock and the door will be opened to you‖, dan kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dan
         bukannya bersandarkan pada guru sahaja. Kejayaan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sa-
         hsiah diri murid harus diseimbangkan. Hal ini demikian kerana kejayaan yang sempurna memerlukan
         pencapaian yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek seseorang pelajar.
         ―Goodluck‖ adik-adik SPM dan PT3 yang akan datang!

         sungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan mereka menentukannya
         sendiri.Akhir kalam, sentiasalah menghormati guru dan tuntutlah ilmu kerana Allah. Semoga Sekolah
         Menengah Kebangsaan Sri Perhentian bertambah cemerlang,gemilang dan terbilang.

         Sekian , Terima Kasih.

         SITI NUR AISYAH ADWA BINTI MAD NIN
         Ketua Pelajar dan Pengawas
         Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian 2017.

                                                 ..::[ 6 ]::..
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11