Page 55 - BUKU PENGURUSAN SKG 2019
P. 55
v. kelakuan lucah
vi. kurang ajar atau biadap
vii. merosakkan harta benda sekolah (VENDALISME)
- Memastikan murid sekolah ini yang bermasalah ekonomi dan pembelajaran
mendapat bantuan pertolongan yang sewajarnya.
- Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh
pihak sekolah.
- Memastikan murid sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga, dan
harta benda sekolah.
- Menggalakkan murid sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan menaikkan nama
sekolah.
-
4. STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN
HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH MURID.
1. Sistem Pendaftaran Murid.
1.1 Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran murid tahun 1.
1.2 Hari Pendaftaran murid dijalankan sebelum persekolahan sebenar.
1.3 Ibubapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat murid semasa
hadir pada hari pendaftaran. Aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran
adalah seperti berikut:
- pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid.
- Bayaran Yuran Persekolahan.
- Pengagihan Buku Teks
- Taklimat system pentadbiran sekolah.kepada ibubapa dan penjaga.
- Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan
system maklumat murid sebelum akhir bulan Januari.
2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.
2.1 Murid-murid perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah.
2.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
2.3 Membuat perlantikan Pengawas Sekolah yang terdiri daripada murid tahun tiga
hingga tahun enam.
2.4 Bilangan Pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan keseluruhan murid
pada tahun semasa.
2.5 Semua pengawas sekolah yang dilantik perlu melalui proses berikut:
-Pencalonan oleh guru kelas atau Jawatankuasa Pengawas
-Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab
-Majlis watikah Perlantikan.
2.6 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering
melanggar peraturan sekolah.
3. Perlaksanaan Program-Program Kesihatan.
3.1 Memastikan perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati
sasaran dan matlamat perlaksanaannya seperti berikut: