Page 65 - BUKU PENGURUSAN SKG 2019
P. 65
11. Pertandingan Kebersihan Kelas
Pertandingan kebersihan kelas dijalankan sepanjang tahun. Kebersihan dinilai oleh pihak pentadbir
dan kelas yang terbaik diberikan satu piala pusingan.
12. Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah
Pihak sekolah sering menjalankan gotong-royong perdana peringkat sekolah dengan kerjasama
Majlis Perwakilan Penduduk dan pelbagai pihak lagi bagi memastikan kawasan persekitaran sekolah
sentiasa bersih.
13. Bantuan Kebajikan Murid
Pihak sekolah juga mendapat bantuan sumbangan daripada pihak luar seperti PIBG, Kedai Buku
Sekolah, Jabatan Kebajikan Sekolah dan pelbagai lagi dalam membantu murid-murid yang kurang
berkemampuan. Bantuan-bantuan yang diberi seperti pembelian alat tulis dan peralatan sekolah,
kasut, baju dan pelbagai lagi.
14. Sesi Kaunseling
Sekolah mempunyai dua orang guru kaunseling. Seorang di sesi pagi dan seorang di sesi petang.
Guru kaunseling tersebut banyak menjalankan program kaunseling bagi membantu murid-murid
terutama murid-murid yang bermasalah. Selain secara berkelompok, sesi kaunseling individu juga
dijalankan.
15. Program RIMUP
Program integrasi kaum ini turut dijayakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah telah bekerjasama
dengan sekolah-sekolah sekitar dalam pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi hubungan antara
kaum-kaum di Malaysia.
16. Program Ceramah Keselamatan Bersama Polis
Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis bagi menjamin
keselamatan murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah keselamatan
dan pameran-pameran dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang
keselamatan diri masing-masing.
17. Program bersama Klinik Kesihatan Daerah
Program ini dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah kesihatan,
bantuan kecemasan dan pelbagai lagi dijalankan bagi memastikan murid-murid tahu cara menjaga
kesihatan agar sentiasa sihat.