Page 61 - BUKU PENGURUSAN SKG 2019
P. 61
PENGURUSAN BUKU REKOD KEDATANGAN MURID SK
GERSEK
Peraturan Am
1. Buku Rekod Kedatangan Pelajar adalah dokumen yang sangat penting dan rasmi
serta akan diaudit oleh Juru Audit JPNT yang bertauliah.
2. Hanya guru kelas dan mereka yang bertanggungjawab boleh menggunakan Buku
Rekod Kedatangan Pelajar. Pelajar dilarang sama sekali memegang atau membawa
atau menanda Buku Kedatangan Pelajar.
3. Semua butiran hendaklah ditulis dengan terang dan kemas serta hanya
menggunakan pen atau pena mata bulat yang BERDAKWAT HITAM sahaja.
4. Hari Kelepasan hendaklah ditandakan dengan garisan lurus sepanjang ruangan atau
ruangan-ruangan itu.Jika hari kelepasan itu lama, hendaklah ditulis ‘cuti’ melintang
ruangan itu.
5. Tandakan Buku Rekod Kedatangan Pelajar ini dengan dakwat, jangan sekali-kali
dengan pensil, kemudiannya diikuti dengan dakwat pula di atasnya.
6. Buku Kedatangan ini hendaklah ditulis terus, yakni tidak disalin daripada kertas lain
atau seumpamanya. Sebarang kesilapan hendaklah diminimumkan. Sekiranya
berlaku kesilapan, potong sahaja dan ditandatangani ( Initial ) terutamanya di
bahagian penerimaan bayaran. PENGGUNAAN PEMADAM CECAIR ADALAH
DILARANG SAMA SEKALI DAN MENYALAHI PERATURAN.
7. Semua maklumat di dalam Buku Rekod Kedatangan Pelajar mestilah tepat dan
kemaskini. Maklumat pada bulan Disember hendaklah dipenuhkan kecuali pada
ruangan kedatangan pelajar. Ruangan ini hendaklah dipotong ( Cross ) dari penjuru
atas kanan ke penjuru bawah kiri. Tuliskan“CUTI AKHIR TAHUN “.
8. Buku Rekod Kedatangan Pelajar hendaklah disimpan di tempat asal di pejabat
setelah digunakan. Jadual Kedatangan Pelajar tidak boleh dibawa keluar dari
pejabat sekolah. Sekiranya guru kelas atau mereka yang bertanggungjawab
menggunakan Jadual Kedatangan perlu membawanya keluar , Sila catatkkan
pergerakan Jadual Kedatangan Pelajar di dalam Buku Pergerakan Dokumen yang
ada di pejabat dan pulangkan semula sebelum waktu rehat.
9. Sekiranya guru kelas tidak hadir kerana sakit atau berkursus maka tangungjawab
mengisi kehadiran pelajar akan dilaksankkan oleh penyelaras tingkatan atau guru
yang diarahkan oleh guru besar.