Page 95 - BUKU PENGURUSAN SKG 2019
P. 95
peraturan yang telah ditetapkan.
• Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, laporan mesti dibuat kepada pegawai
atau sekolah.
• Semua pelajar akan dilindungi melalui Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok
( rujukan: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil: 3/1995 )
• Polisi keselamatan kegiatan kokurikulum adalah diketahui oleh semua warga SK
Gersek melalui usaha penyebaran maklumat dan taklimat rasmi.
• Semua warga SK Gersek adalah tertakluk kepada polisi ini.
Laporan Keselamatan, Kecederaan dan kemalangan
• Dalam mempastikan sebarang kecederaan, kemalangan dan kematian yang
berlaku di sekolah terutama semasa pelaksanaan kokurikulum, serta mudah untuk
dijadikan bahan rujukan oleh mana-mana pihak,sekolah dikehendaki menyediakan
pelaporan dalam bentuk dokumentasi yang jelas dan kemas.
• Guru Penasihat persatuan/kelab perlulah dengan segera membuat pelaporan
berhubung sebarang kecederaan, kemalangan yang berlaku semasa aktiviti di
dalam buku laporan khas yang disediakan oleh pihak sekolah sebagaimana yang
dinyatakan dalam pekeliling SPI
• Antara maklumat penting yang perlu dimasukkan ke dalam pelaporan berkenaan
adalah seperti:-
o Nama Pelajar dan individu yang terlibat
o Tarikh, tempat dan mas kecederaan/kemalangan berlaku.
o Bentuk kecederaan pada pelajar
o Nama guru yang membuat pelaporan
o Tahap kecederaan dan kemalangan
o Tindakan lanjut oleh guru berkenaan
o Tandatangan dokumen pelaporan
o Pengesahan pelaporan oleh pengetua/guru Besar atau pegawai
bertanggungjawab