Page 96 - BUKU PENGURUSAN SKG 2019
P. 96
DASAR PENGURUSAN KO-KURIKULUM DAN SUKAN
DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR
1.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti
kokurikulum dengan gelaran Guru Penasihat
1.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi
setiap bidang berikut:
❖ Persatuan dan kelab
❖ Badan Beruniform
❖ Sukan dan Permainan
1.3 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu
melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:-
❖ Menggubal perlembagaan
❖ Melantik Jawatankuasa
❖ Merekod kehadiran pelajar
❖ Melaksanakn aktiviti harian
❖ Membuat penilaian
❖ Menyediakan laporan
DASAR 2: PENYERTAAN PELAJAR
2.1 Semua pelajar ditahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6 ) serta tahun
3 diwajibkan menyertai setiap satu kegiatan bagi ketiga-tiga
bidang berikut :-
❖ Persatuan dan Kelab
❖ Badan Beruniform
❖ Sukan dan Permainan
2.2 Semua pelajar diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan
yang ingin disertai berdasarkan pilihan-pilihan yang
ditawarkan oleh sekolah.
2.3 Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan
dijalankan.
DASAR 3 : PENJADUALAN KEGIATAN
3.1 Kegiatan Badan Beruniform dan Kelab dan Persatuan
dijalankan pada Rabu .
3.2 Kegiatan akan bermula hari rabu 12.10 p.m. hingga 1.10 p.m.
manakala hari Selasa bermula pada 7.20 a.m. hingga 8.20
a.m. untuk 1M1S
3.3 Kegiatan akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut:-
❖ Cuaca buruk(Hujan lebat atau ribut petir)
❖ Ada aktiviti besar yang berlangsung di sekolah
❖ Atas arahan Guru Besar atau GPK .