Page 2 - PROSPeK PPPPB PPISMP Ambilan Jun 2021
P. 2

PPPPB
                                                                                                      PPPPB
                                                                                                      PPISMP
                                                                                                      PPISMP
                                                                                              INSTITUT PENDIDIKAN GURU
                                                                                                      AMBILAN JUN 2021
                                                                                               KAMPUS ILMU KHAS  AMBILAN JUN 2021



                                      KATA ALU-ALUAN



                                       PN. AZLINA BINTI AHMAD
                                       Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas





         Assalamualaikum dan salam sejahtera,
         Saudara dan saudari siswa guru yang saya hormati,


         Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) mengalu-alukan kemasukan semua  Siswa Guru
         (SG) Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2021. Kami  merakamkan
         ucapan  tahniah kerana memilih profesion keguruan yang mulia ini sebagai kerjaya kalian. Jalanilah Minggu
         Pengurusan Pelajar Baharu  dengan minda yang terbuka kerana Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menyusun
         taklimat dan aktiviti yang amat bermanfaat kepada semua SG baharu. Jika terdapat sebarang pertanyaan,
         silalah menghubungi pegawai di Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKIK yang sedia membantu.


         Bermula hari ini, SG baharu IPGKIK perlu mengorak langkah demi melakar kecemerlangan untuk menjadi
         seorang guru Malaysia yang cekal lagi berinspirasi. Kehidupan di kampus dan  bergelar SG tentulah tidak
         semudah yang disangka. Banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu dibereskan. Justeru, setiap SG berhak
         mengatur corak perjalanan kejayaan masing-masing demi masa hadapan. SG  perlu bersungguh-sungguh
         dalam memanfaatkan  peluang  istimewa ini agar kalian menjadi seorang pelajar yang bertanggungjawab,
         berdaya saing dan beretika demi agama, bangsa dan negara.


         Sehubungan dengan itu, pendekatan pembelajaran secara hibrid merupakan cara terbaik buat masa kini. SG
         akan belajar  secara dalam talian sama ada secara segerak mahupun tidak segerak. Kepercayaan penuh
         diberikan kepada semua SG untuk mentadbir  jadual pembelajaran masing-masing. Susun jadual belajar agar
         waktu kuliah, tutorial dan waktu belajar sendiri dapat dilakukan dengan baik. Hal ini jelas menunjukkan
         bahawa anda mempunyai disiplin yang tinggi walaupun perlu belajar dari rumah. Oleh yang demikian,
         semua tugasan akan dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Di samping itu, SG harus bijaksana
         dalam membahagikan masa untuk  belajar, berehat, beribadah dan beriadah agar mental dan  zikal kekal
         sihat walaupun dalam keadaan pandemik C-19 yang melanda dunia.

         Insya-Allah, kami warga IPGKIK akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua SG baharu. Kita
         perlu sama-sama menggalas tanggungjawab yang diamanahkan ini demi merealisasikan kecemerlangan
         yang diimpikan.

         Semua SG IPGKIK  “Selamat menuntut ilmu dan berikan yang terbaik untuk  membina sahsiah dan minda
         yang hebat”










                                                                                         AZLINA BINTI AHMAD
                                                                                          Timbalan Pengarah
                                                                                         IPG Kampus Ilmu Khas
   1   2   3   4   5   6   7