Page 4 - PROSPeK PPPPB PPISMP Ambilan Jun 2021
P. 4

PPPPB
                                                                                                      PPPPB
                                                                                                      PPISMP
                                                                                                      PPISMP
                                                                                              INSTITUT PENDIDIKAN GURU
                                                                                                      AMBILAN JUN 2021
                                                                                               KAMPUS ILMU KHAS  AMBILAN JUN 2021



                                      KATA ALU-ALUAN


                                            ZULFAKHRI BIN MOS

                                                      Yang Dipertua Pelajar
                                                 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
                                                 IPG Kampus Ilmu Khas 2021/2022






         SELAMAT DATANG SISWA GURU BAHARU AMBILAN JUN 2021 KE IPG KAMPUS ILMU KHAS


         Alhamdulillah kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT di atas segala rahmat dan magh rah-Nya dapat
         kita bertemu di medan perjuangan yang kita cintai ini walaupun secara maya. Di kesempatan ini saya Yang
         Dipertua Jawatakuasa Perwakilan Pelajar sesi 2021/2022 ingin mengucapkan Selamat Datang kepada siswa
         guru baharu ambilan Jun 2021 IPG Kampus Ilmu Khas.

         Lembaran baru telah bermula, syabas dan tahniah kepada para siswa yang bakal menjejakkan kaki ke IPG
         Kampus Ilmu Khas sekaligus menjadi warga Ilmu Khas. Selamat datang saya ucapkan kepada siswa guru yang
         baru mendaftar. Gunakanlah peluang ini untuk mencipta sejarah yang baru dalam diri saudara dan saudari
         untuk kita kekalkan kedudukan IPG ini sebagai salah satu IPG yang terbaik di Malaysia. Saya berharap kedatan-
         gan saudara saudari sebagai suntikan menjana perkembangan pendidikan yang hakiki untuk membentuk
         modal insan cemerlang pada masa akan datang.

         Kita sebagai siswa guru seharusnya meletakkan keazaman yang tinggi untuk meningkatkan lagi usaha ke
         arah  kecemerlangan  untuk  memacu  hala  tuju  sebagai  pembina  masyarakat  di  masa  akan  datang.
         Tingkatkanlah usaha serta tumpukanlah kepada tanggungjawab kita yang sebenar sebagai seorang siswa
         guru dan bakal pendidik demi mencapai kecermelangan pada masa depan. Semoga cita-cita yang diimpikan
         selama ini akan terlaksana. InsyaAllah.


         Akhir kata, bentuklah diri anda sebagai seorang manusia yang berakhlak dan beretika agar menjadi modal
         insan yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik malahan cemerlang dari aspek akhlak, moral dan
         sahsiah secara holistik. Kesukaran bukanlah satu halangan bagi kita tapi ianya cabaran untuk kita semua bagi
         membuktikan bahawa walau apa jua keadaan,  kita sebagai bakal pendidik,  mampu untuk menghadapinya.

         Sekian, terima kasih. Wabilahitau kwalhidayah Assalamualaikum W.B.T


         #kitajagakita
         #staysafe
   1   2   3   4   5   6   7   8   9