Page 114 - SPANM Demo
P. 114
SPANM BIL. 7/ 2018 LAMPIRAN H: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN GANTI RUGI TERTENTU DAN DITETAPKAN (LIQUIDATED AND ASCERTAINED DAMAGES – LAD)
PENGENALAN
Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (Liquidated and Ascertained Damages - LAD)
Denda atas kelewatan atau ganti rugi tertentu dan ditetapkan yang dikenakan kepada Kontraktor/Pembekal yang gagal memenuhi sesuatu obligasi kontrak yang telah ditetapkan dalam kontrak bekalan, perkhidmatan dan kerja. Denda LAD hendaklah dituntut daripada bayaran kemajuan atau sebarang baki bayaran yang kontraktor berhak menerimanya. Jumlah denda yang dikenakan adalah berdasarkan klausa LAD di dalam kontrak.
Pekeliling Perbendaharaan PK 2.1 (Lampiran 2.26) – Kaedah Perolehan Kerajaan (Garis Panduan Perolehan Secara Reka dan Bina) menetapkan:
1.2.1 Sekiranya Pengarah Projek menjangkakan Kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja pada tarikh siap asal kontrak atau pada tarikh yang dilanjutkan dalam kontrak, maka Pengarah Projek hendaklah mengeluarkan notis untuk tujuan mengenakan LAD kepada kontraktor sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh siap yang ditetapkan; dan
1.2.2 Sekiranya Kontraktor gagal menyiapkan kerja pada tarikh tersebut, maka Perakuan Kerja Tak Siap (PKTS) hendaklah dikeluarkan serta merta kepada kontraktor dan LAD dikenakan. Apabila PKTS dikeluarkan dan LAD dikenakan kepada kontraktor, Pengarah Projek masih perlu memantau kemajuan kerja kontraktor di tapak pembinaan. Sekiranya jumlah nilai LAD yang dikenakan adalah besar dan membebankan kontraktor, tindakan sama ada untuk meneruskan kontrak atau menamatkannya hendaklah diambil dengan segera.
Pekeliling Perbendaharaan PK 3.3 – Pentadbiran Kontrak Dan Format Perjanjian Piawaian Perundingan menetapkan:
1.3.1 Agensi hendaklah memastikan kenaan LAD ke atas perunding dilaksanakan sekiranya berlaku perkara-perkara berikut:
(1) Perunding gagal menepati tarikh penyerahan akhir pada setiap deliverables (output yang dihasilkan) yang telah dipersetujui di dalam perjanjian perunding; dan
(2) Kelewatan/ kegagalan perunding menepati tarikh serahan akhir yang ditetapkan terbukti adalah disebabkan oleh pihak perunding sahaja dan tidak turut melibatkan kelewatan di pihak Agensi.
111