Page 115 - SPANM Demo
P. 115
SPANM BIL. 7/ 2018 LAMPIRAN H: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN GANTI RUGI TERTENTU DAN DITETAPKAN (LIQUIDATED AND ASCERTAINED DAMAGES – LAD)
1.3.2 Berdasarkan jadual deliverables yang ditetapkan di dalam perjanjian, Wakil Kerajaan hendaklah mengeluarkan arahan rasmi kepada perunding sekurang- kurangnya seminggu lebih awal daripada tarikh serahan akhir setiap deliverables untuk mendapatkan maklumat terkini kemajuan kerja perunding (work progress). Ini adalah bertujuan untuk membolehkan Wakil Kerajaan membuat pertimbangan sekiranya LAD perlu dikenakan atau lanjutan tempoh masa perkhidmatan perunding (Extention Of Time – EOT) wajar diberikan berdasarkan maklum balas yang dikemukakan oleh perunding.
1.3.3 Sekiranya kelewatan terbukti adalah disebabkan oleh pihak perunding sahaja dan tidak melibatkan kelewatan di pihak Agensi, Agensi hendaklah mengambil tindakan pengenaan LAD ke atas perunding selaras dengan peruntukan di dalam perjanjian
1.3.4 Pekeliling Perbendaharaan PK 4.2 – Surat Setuju Terima (SST), Pesanan Kerajaan Dan Inden Kerajaan Bagi Perolehan Kerajaan menetapkan Perenggan 5 Dalam Kandungan Utama SST seperti berikut:
“Setelah pesanan/arahan dikeluarkan oleh Kerajaan, syarikat tuan dikehendaki melaksanakan pembekalan barang dalam tempoh yang ditetapkan dan kualiti bekalan tersebut hendaklah memuaskan hati serta memenuhi kehendak Kerajaan. Sekiranya syarikat tuan gagal melaksanakan pembekalan barang dalam tempoh dan/atau kualiti yang ditetapkan, Kerajaan berhak membatalkan pesanan/arahan yang dikeluarkan dan/atau mengenakan *Denda/ Tolakan/ Liquidated & Ascertained Damages (LAD)
TERIMAAN GANTI RUGI TERTENTU DAN DITETAPKAN (LIQUIDATED AND ASCERTAINED DAMAGES - LAD)
Jumlah LAD yang dikenakan perlu dibuat potongan semasa bayaran kemajuan dan dimasukkan ke akaun hasil menggunakan kod Kumpulan PTJ & PTJ Dipertanggung.
Catatan perakaunan dalam Arahan Pembayaran adalah seperti berikut:
Kt Denda dan Rampasan xxx (Kod Dana G000/ Kod Akaun H0176102)
Dt
Vot Kementerian/ Jabatan Pemilik Projek (PTJ Dipertanggung)
xxx
112