Page 116 - SPANM Demo
P. 116
SPANM BIL. 7/ 2018 LAMPIRAN H: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN GANTI RUGI TERTENTU DAN DITETAPKAN (LIQUIDATED AND ASCERTAINED DAMAGES – LAD)
PULANGAN BALIK HASIL GANTI RUGI TERTENTU DAN DITETAPKAN (LIQUIDATED AND ASCERTAINED DAMAGES – LAD
Sekiranya terdapat lebihan LAD yang diterima (telah diperakaunkan ke hasil) berbanding dengan LAD yang diperaku semasa Perakuan Muktamad – JKR 66A, PTJ boleh membuat bayaran kepada kontraktor melalui pulangan balik hasil.
PTJ perlu mengemukakan dokumen lengkap pulangan balik hasil LAD bersama Kelulusan Pelanjutan Tempoh (EOT) dan Perakuan Muktamad – JKR 66A kepada AO untuk memproses bayaran mengikut peruntukan AP 87.
TANGGUNGJAWAB PEJABAT PERAKAUNAN (AO)
AO perlu memastikan semua dokumen sokongan yang lengkap diterima daripada PTJ sebelum bayaran pulangan balik hasil LAD dibuat. Antara dokumen sokongan yang lengkap ialah:
4.1 Surat Permohonan Yang Ditandatangani Ketua Jabatan
4.2 Penyata Pengiraan Tuntutan
4.3 Arahan Pembayaran
4.4 Salinan Penyata Pemungut dan Laporan Kedudukan Vot/Dana – Terperinci (Jika Berkaitan)
4.5 Salinan Perjanjian/Kontrak dengan pembekal/ kontraktor
4.6 Salinan Akaun Bank
4.7 Salinan Kelulusan Lanjutan Masa
4.8 Surat Rayuan Pengurangan LAD dari pembekal (Jika Berkaitan)
4.9 Surat Kelulusan Pengurangan LAD dari Kementerian Kewangan (Jika Berkaitan)
4.10 Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
113