Page 44 - SPANM Demo
P. 44
SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN D: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PUKAL
1. PENGENALAN
1.1 Bayaran Pukal merupakan kemudahan bayaran bil secara berpusat bagi sesuatu tempoh untuk tahun kewangan semasa. Ianya melibatkan agensi pukal yang telah diluluskan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan tertakluk kepada Perjanjian Kemudahan Pukal yang berkuat kuasa. Pembayaran dilakukan setelah agensi pukal mengemukakan bil/invois PTJ kepada Pejabat Perakaunan (AO).
1.2 Bayaran Pukal melibatkan bekalan/ perkhidmatan yang dibayar secara pukal seperti utiliti air, elektrik, telefon, pembentungan, waran perjalanan udara awam (WPUA), kad inden dan kad Touch & Go.
1.3 Pegawai Pengawal atau pegawai yang menerima Penetapan Kuasa dan Tugas daripada Pegawai Pegawai adalah bertanggungjawab memastikan peruntukan sentiasa mencukupi untuk menjelaskan pembayaran bil-bil pukal.
1.4 Akaun Pukal adalah merujuk kepada akaun yang diwujudkan bagi setiap bil PTJ di bawah kemudahan Bayaran Pukal.
1.5 PTJ perlu memastikan bil-bil yang melibatkan Agensi Pukal dibayar melalui kemudahan Bayaran Pukal.
1.6 Senarai Agensi Pukal adalah seperti di Lampiran D1 (senarai ini akan dikemaskini berdasarkan perjanjian yang berkuat kuasa)
1.7 Sebelum pembayaran bil berpusat melalui Bayaran Pukal dilaksanakan, PTJ hendaklah memastikan semua tunggakan bil/ invois diselesaikan terlebih dahulu melalui Arahan Pembayaran.
2. TATACARA PERMOHONAN
Tatacara Pewujudan/ Pembatalan/ Kemaskini Akaun Pukal
2.1.1 PTJ perlu menyediakan dan mengesahkan dokumen pewujudan/ pembatalan Akaun Pukal melalui Borang Wujud/ Batal/ Kemaskini Akaun Bayaran Pukal (Kew. 310E) secara dalam talian melalui iGFMAS.
2.1.2 Borang Wujud/ Batal/ Kemaskini Akaun Bayaran Pukal (Kew. 310E) hendaklah disediakan dan diperaku I oleh pegawai yang telah mendapat Penetapan Kuasa dan Tugas daripada Pegawai Pegawai. Dokumen tersebut akan dikemukakan secara elektronik kepada AO untuk kelulusan.
41