Page 45 - SPANM Demo
P. 45

SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN D: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PUKAL
2.1.3 Bagi tujuan kelulusan AO perlu menyemak perkara berikut:
(1) Kod Akaun Penjenisan;
(2) Status Akaun Pukal jika telah Wujud/ Batal (ZRAP047);atau
(3) Laporan Akaun Pukal yang Dipertanggungkan di iGFMAS .
2.1.4 Penghantaran Borang Wujud/ Batal/ Kemaskini Akaun Bayaran Pukal (Kew. 310E) akan dihantar terus kepada Agensi.
2.1.5 AO hendaklah memastikan Agensi Pukal perlu mengambil tindakan berikut:
(1) Mengemukakan Borang Wujud/ Batal/ Kemaskini Akaun Bayaran Pukal (Kew. 310E) yang telah lengkap kepada AO; dan
(2) menghantar Fail AP503 – Pewujudan/ Pembatalan kepada AO.
2.1.6 PTJ hendaklah menyemak status permohonan Wujud/ Batal/ Kemaskini Akaun Pukal pada Laporan Status Permohonan Wujud/ Batal/ Kemaskini Akaun Pukal bagi memastikan maklumat adalah tepat dan betul. PTJ hendaklah memaklumkan kepada AO dan Agensi Pukal sekiranya berlaku kesilapan.
2.1.7 Sekiranya berlaku perubahan kod program atau aktiviti ke atas Akaun Pukal, PTJ hendaklah mengemaskini dokumen Borang Wujud/ Batal/ Kemaskini Akaun Bayaran Pukal (Kew. 310E) di iGFMAS dan kemukakan kepada AO untuk kelulusan.
2.1.8 PTJ perlu memastikan tiada tunggakan bayaran pukal atau Akaun Pukal tidak aktif sebelum permohonan pembatalan dikemukakan.
2.1.9 PTJ juga boleh merujuk MPK-AP 12: Proses Wujud/ Batal/ Kemaskini Akaun Pukal.
Tanggungjawab PTJ
2.2.1 PTJ hendaklah memastikan bil/ invois bulanan diterima daripada Agensi Pukal
2.2.2 PTJ hendaklah menjana dan menyemak laporan berikut bagi memastikan maklumat bayaran adalah tepat:
(1) Laporan Bulanan Pembayaran Pukal;
(2) Laporan Terperinci Pembayaran Pukal;
 42
















































































   43   44   45   46   47